VIDEO: Gol Zulhamizan Zakaria Untuk Pahang Ketika Final Piala Malaysia 1992 Menentang Kedah

Sebelum badi Piala Malaysia berjaya dipadamkan pada 2013. Kali terakhir Pahang menjulang Piala Malaysia adalah pada tahun 1992.

Namun begitu, perlawanan ini menyaksikan 1 gol yang terhasil dalam keadaan yang paling mudah untuk dihasilkan.

Zulhamizan Zakaria yang melakukan penampilan pertama beliau di perlawanan akhir ketika itu menjaringkan gol yang disifatkan Zainal Abidin Rawop ketika perlawanan sebagai gol paling mudah dijaringkan dalam perlawanan akhir Piala Malaysia!

Malah gol ini dijaringkan pada minit kedua permainan dan ianya adalah gol tunggal perlawanan tersebut.

Anda ada memori dengan perlawanan ini? Kongsikan dengan kami!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN