N’Golo Kante Sah Ikut Pogba Tak Sertai Piala Dunia 2022

N'Golo Kante

Pemain tengah Chelsea, N’Golo Kante dijangka bakal terlepas peluang untuk beraksi di Piala Dunia 2022 selepas laporan mendapati beliau mempunyai kecederaan serius.

Pelbagai sumber telah menyebut yang Kante sebelum ini telah pun mengalami kecederaan di bahagian hamstring sejak daripada perlawanan kedua Premier League.

Kecederaan itu telah menyebabkan pemain itu tidak beraksi untuk Chelsea dan juga Perancis.

Namun kini, pengendali Cheslea, Graham Potter mengesahkan kecederaan Kante begitu sukar untuk sembuh terutamanya sebelum Piala Dunia di Qatar berlangsung.

Apa yang merugikan Chelsea dan Perancis adalah, kecederaan yang dialami Kante sepatutnya hampir pulih, namun ianya semakin sulit apabila tiba proses rehabilitasi.

“Ianya berlaku pada peringkat terakhir rehabitilitasi, itu yang kita risauskan. Sepatutnya, beliau perlu menjalani sesi konsultasi pada hujung minggu.

“Ianya adalah satu kerugian, satu berita buruk. Tetapi saya tak boleh cakap banyak sehingga hujung minggu ini,” ulas Potter menerusi Goal.

Kem Perancis pastinya akan menerima kesan buruk kerana Kante merupakan tunjang di bahagian tengah skuad mereka ketika menjuarai Piala Dunia 2018.

Lebih pedih, gandingan Kante dan Paul Pogba yang begitu cemerlang pada edisi 2018 tidak akan dapat disaksikan kerana pemain Juventus itu sudah lebih awal tidak menyertai Piala Dunia kali ini.

Ini pastinya akan memaksa Didier Deschamps untuk menggunakan gandingan di bahagian tengah yang berbeza kerana Kante dan Pogba sudah pasti tidak akan ke Qatar.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN