Ini Sebab Almiron Lebih Layak Wakili City Berbanding Grealish

Bekas tonggak pertahanan Liverpool iaitu Jose Enrique menyatakan beliau akan memilih Miguel Almiron dalam barisan pemainnya berbanding Jack Grealish, jika dirinya merupakan pengurus Manchester City.

Perkara itu diluahkan apabila Enrique melihat Grealish telah pun mengejek Almiron dengan agak kasar sewaktu perarakan kejuaraan City pada musim lalu.

Ejekan Grealish ketika itu jelas agak berlebihan, apabila beliau menyatakan corak permainan rakan sepasukannya iaitu Riyad Mahrez pada perlawanan menentang Aston Villa sama teruk seperti pemain kebangsaan Paraguay tersebut.

Walaupun begitu, Almiron jelas tidak mengambil pusing kenyataan tersebut atau menganggap sebagai suatu positif apabila tampil dengan sangat menyakinkan pada asal musim ini bersama Newcastle United.

Almiron ketika ini sudah pun mencatat empat jaringan bersama kelab diwakilinya itu dalam sembilan perlawanan dihadapi mereka dalam saingan English Premier League (EPL).

Manakala pemain kebangsaan England itu pula hanya mampu meledak satu gol bersama City yang jelas agak ketinggalan di belakang Almiron.

Disebabkan perbezaan tersebut menjadikan Enrique berani untuk mengeluarkan kenyataan sedemikian dengan membandingkan kedua pemain itu.

“Untuk saya, sekiranya diri ini menjadi pengurus City, sudah pasti sejak awal lagi saya memilih Almiron berbanding Grealish.

“Saya sukakan segalanya mengenai Almiron, saya rasa dia sudah berikan yang terbaik buat Newcastle dalam setiap perlawanan. Pemain itu juga merekodkan jaringan dengan baik setakat ini.

“Aksi beliau mengingatkan saya kepada Luis Diaz, mereka mempunyai ciri-ciri yang sangat sama. Selain kebolehan individu, mereka juga tidak sesekali ralat untuk menyumbang aksi positif bersama pasukan,” jelas Enrique menerusi Sport Bible.

Selain itu, Enrique juga menyatakan tahap Almiron ketika ini sebenarnya sudah pun melayakkan diri beliau untuk beraksi di pentas UEFA Champions League.

Almiron mula menyertai Magpies pada Januari 2019 setelah sebelum itu beliau beraksi bersama Atlanta United di Amerika Syarikat dalam saingan Major League Soccer (MLS).

Pengurus Newcastle United, Eddie How turut menganggap Almiron sebagai pemain yang sangat positif dan menyerlah bersama pasukan ketika ini.

“Saya rasa mental Almiron sangat kuat. Jika awak singkap kembali karier beliau bersama cabaran yang dihadapi dirinya ketika beraksi di pelbagai negara, kredit penuh wajar diberikan kepada dia.

“Dia bersama kelab ini sekarang dan dalam keadaan yang sangat baik. Sejak awal pra-musim lagi saya melihat Almiron salah seorang sangat menyerah.

“Dia membuktikannya kini dengan sangat positif pada awal musim dan saya jangka lebih banyak dapat dibuktikan Almiron bersama kelab.

“Sudah pasti saya teruja jika setiap kali Almiron menjaringkan gol. Malah, pemain ini juga menyumbang impak besar kepada penghasilan jaringan meskipun beliau tidak mencatat gol,” ujar Howe.

Almiron bakal meneruskan momentum terbaik beliau ketika ini untuk menghadapi cabaran lebih sengit iaitu berdepan Manchester United pada Ahad ini.

Sumber:
Sports Bible

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN