Kenapa Terengganu Perlu Beri Tumpuan Penuh Kepada Ronald Ngah?

Perlawanan terakhir Liga Super 2022 bakal melabuhkan tirai musim ini dengan Johor Darul Ta’zim sudah pun mengesahkan kejuaraan lebih awal sebelum itu.

Persoalan yang bermain dalam fikiran para pemerhati bola sepak tempatan kini terarah kepada perebutan tempat kedua dalam saingan tersebut, apabila melibatkan tiga pasukan iaitu Sabah, Terengganu, dan Negeri Sembilan.

Cabaran salah satu pasukan iaitu Terengganu dilihat agak getir apabila bakal bertemu Kedah Darul Aman (KDA) di Stadium Darul Aman (SDA), Alor Setar.

KDA yang tewas pada empat perlawanan lalu secara berturut-turut, pastinya mahu mencipta kebangkitan pada perlawanan akhir ini di hadapan penyokong sendiri.

Manakala Terengganu sudah tentu tidak mahu melepaskan sebarang peluang untuk menggenggam tiga mata demi mengejar gelaran naib juara musim ini.

Berdasarkan perlawanan malam ini, kedua pasukan pastinya mempunyai pemain tumpuan yang bakal memberi impak sepanjang 90 aksi berlangsung.

Ronald Ngah Wanja (KDA)

Penyerang dari Cameroon itu dilihat berada dalam momentum terbaik beliau ketika ini, menerusi rekod jaringannya yang agak positif sejak beberapa perlawanan akhir dihadapi kelab tersebut.

Ronald Ngah pada awal musim antara yang dikritik oleh segelintir penyokong KDA, berikutan ketumpulan beliau untuk merekodkan jaringan di hadapan gol.

Namun beliau mula meninggalkan impak terbaik sejak pusingan kedua Liga Super, dan kini Ronald Ngah telah pun mengumpul 13 jaringan bersama KDA.

Pemain bertubuh tegap ini pastinya akan diberi tumpuan penuh oleh pertahanan Terengganu berdasarkan corak permainannya yang mempunyai kekuatan fizikal, ketajaman di hadapan gol, serta larian derasnya untuk memerangkap lawan.

Jaringan tunggal beliau ketika berdepan JDT lalu pastinya memberi masa untuk Nafuzi Zain merencana sesuatu bagi mengelakkan pertahanan Terengganu terperangkap akan kelincahan Ronald Ngah.

Faisal Halim (Terengganu)

Di kem Terengganu pula, kreativiti yang dimiliki oleh Faisal Halim pastinya ditagih oleh Nafuzi untuk membantu pasukan kendaliannya terus positif di bahagian serangan.

Faisal yang menikmati musim terbaik beliau bersama Terengganu ketika ini bukan sahaja baik dari segi kreativiti, malah beliau memiliki kelincahan dalam mengawal bola selain agak tajam di hadapan gol.

Tchetche Kipre (Terengganu)

Berdepan bekas pasukannya sejak dua musim lalu di Alor Setar pastinya Kipre mahu membuktikan beliau masih relevan pada musim ini bersama Terengganu selaku salah seorang penjaring gol.

Ketika Kpah Sherman berhadapan masalah konsistensi dan kecederaan, tampil Kipre untuk memberi suatu sumbangan agak besar dalam penghasilan gol buat Terengganu.

Empat jaringan beliau setakat ini daripada dua perlawanan lalu dihadapi Terengganu membuktikan mengapa Kipre perlu diawasi oleh pertahanan KDA di bahagian pertahanan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN