Pemain Paris Saint-Germain (PSG), Neymar mengatakan yang kejayaan pasukannya merangkul gelaran UEFA Champions League (UCL) kelak akan memberikan peluang yang cerah untuknya merangkul gelaran individu.
Neymar yang menjadi teraju utama PSG bersama-sama Kylian Mbappe mengatakan yang Ballon d’Or menjadi sasarannya selepas ini.
Ianya dapat direalisasikan sekiranya pemain itu dapat merangkul gelaran UCL bersama-sama PSG.
Menurut laporan Goal, kini sudah tiba masanya untuk Neymar menikmati kejayaan yang ditakdirkan untuknya tetapi tertangguh selama ini.
Ianya tertangguh kerana kewujudan dua pemain handalan yang membolot segala kejayaan iaitu Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo.
“Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo telah mendominasi gelaran Ballon d’Or kerana 10 tahun kebelakangan ini kerana mereka bukanlah dari planet ini. Ianya adalah satu penghormatan untuk memenangi anugerah ini.”
“Tetapi ianya datang daripada apa yang kita peroleh diatas padang dan apa yang kita bantu untuk kelab supaya menang. Jadi itulah fokus saya.”
Pada hemat Neymar, memenangi kejuaraan Eropah itu sudah menjadi satu perkara yang amat istimewa.
Akan tetapi, memenangi bersama-sama PSG dan mencipta sejarah baharu kelab itu satu perkara lain dan kerana itulah beliau hadir ke pasukan itu.
Neymar berkata yang beliau dengan rakan sepasukan kini bersedia untuk memberikan cabaran terhebat kepada Bayern Munich dalam perlawanan akhir.
“Bayern Munich bakal menjadi cabaran yang sangat besar buat kami dan kami akan bersedia.”
“Mereka mempunyai ramai pemain yang berkualiti tetapi kami juga berada di tahap yang tinggi. Malahan, saya berasa yang berada di prestasi terbaik sejak tiba di Paris.”
Jika PSG muncul juara UCL, mereka bakal menjadi pasukan kedua dari Perancis yang memenanginya selepas Olympique Marseille.