Neymar Anggap VAR Rompak PSG Dan Tuduh Pengadil Tidak Tahu Apa-Apa Tentang Bola Sepak

Bintang sensasi Paris Saint-Germain- Neymar mengutuk keputusan VAR yang memberikan penalti minit akhir kepada Man. United – dalam aksi 16 pasukan akhir UCL di antara PSG dan Man. United.

Penalti tersebut telah disempurnakan oleh Marcus Rashford, membolehkan Man. United mengikat PSG 3-3 secara agregate dan menyingkirkan PSG dengan peraturan gol di tempat lawan.

Neymar yang berada di bangku simpanan pemain kelihatan marah dengan keputusan pengadil yang menggunakan VAR untuk menghukum Presnel Kimpembe kerana bola terkena tangan.

Selepas beberapa aksi makian oleh Neymar di luar padang, beliau kemudiannya. telah memuat naik status mengutuk pengadil di instagram.

PSG melepaskan kelebihan 2 gol di tempat lawan yang mereka bawa dari Old Trafford. Musim lalu PSG juga melepaskan kelebigan agregate dengan kekalahan di tangan Barcelona pada timbal balik kedua. Ketika itu Neymar menjadi dalang kebangkitan kontroversi Barcelona. Pemilik PSG sendiri menuduh Barcelona mendapat bantuan pengadil.

Neymar menyatakan: “Ini memalukan. 4 orang yang tidak tahu apa-apa tentang bola sepak menyaksikan ulangan ‘slow motion’ di hadapan tv. Tiada apa kesalahan pun.”

“Apa yang Kimpembe boleh buat untuk tangan beliau ketika beliau berpaling ke belakang. Go ‘f— yourselves!’,” carut Neymar.

Kapten PSG, Thiago Silva turut kecewa dengan keputusan pengadil dan mendedahkan beliau ada meminta pengadil menarik semula penalti itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN