Legenda Manchester United, Gary Neville berpendapat skuad bimbingan Ole Gunnar Solskjaer hanya perlu memfokuskan untuk merekrut pemain baharu yang sesuai berbanding melakukan pembelian panik pada jendela perpindahan Januari ini.
Pendapat itu disuarakan Neville berikutan aksi yang semakin bertenaga ditampilkan barisan pemain The Red Devils pada ketika ini sehingga membolehkan mereka ketika ini memanjat ke tangga ketiga Liga Perdana Inggeris (EPL) dan layak ke separuh akhir Piala Carabao.
Sehubungan dengan itu, Neville yang beraksi di posisi bek kanan ketika kariernya melihat tiada keperluan buat Manchester United untuk berbelanja besar bagi memantapkan jentera pasukan.
”Jika ada pemain yang sesuai, ya, Manchester United perlu untuk berbelanja pada jendela perpindahan Januari kerana mereka perlu untuk meningkatkan lagi kekuatan pasukan.”
”Tetapi sekiranya tiada pemain yang sesuai, mereka tidak perlu membuatkan pembelian panik, mereka telah membuat pembelian yang baik di pasaran perpindahan sejak kebelakangan ini,” ujar Neville menurut laporan Goal.
”Apa yang saya boleh katakan ialah Manchester United agak mengelirukan, anda lihat pada dua atau tiga minggu lepas ianya kelihatan seperti musim yang sukar.”
”Mereka tersingkir daripada persaingan Liga Juara-Juara Eropah, persembahan pada separuh masa pertama menentang West Ham sangat teruk, saya ada di sana menyaksikannya.”
”Tetapi jika anda lihat keputusan menentang Everton, pemain kelihatan optimis. Skuad ini telah terbiasa selepas persembahan cemerlang menentang Leeds di mana mereka sangat hebat.”
”Enam gol dijaringkan bertemu Leeds dan kemudiannya sembilan pertukaran menentang Everton, semua pemain terlibat dan bermain,” tambah Neville lagi.
Kredit featured image: Matthew Peters/Manchester United via Getty Images
Baca artikel lain dari kami mengenai Gary Neville:
Gary Neville: United Perlu Empat Lagi Pemain Seperti Bruno Fernandes
Gary Neville: Trio Man Utd Hampiri Kehebatan Gandingan Liverpool
Gary Neville: Man Utd Perlu Terus Melabur Di Jendela Perpindahan