Kisah Neville, Beckham & Butt Menangis, Hilang ‘Down Payment’ Beli Kereta Impian

David Beckham, Gary Neville dan juga Nicky Butt hanya mampu menangisi nasib mereka selepas Manchester United tersingkir daripada pertandingan UEFA Cup menentang Torpedo Moscow pada musim 1992/93.

Dan semua itu adalah kerana mereka gagal meraih wang bonus kemenangan daripada perlawanan tersebut, sekaligus terpaksa membatalkan tempahan pembelian kereta yang masing-masing telah rancang terlebih awal.

. (Photo by David M. Benett/WireImage)

Pada masa itu, Beckham, Neville dan Butt hanya dibayar £29.50 seminggu dan juga tambahan £10 bersama pasukan utama United selepas cemerlang ketika di bawah bimbingan Eric Harrison menjuarai Piala FA peringkat bawah umur.

Trio berkenaan adalah sebahagian daripada skuad yang akan menentang Torpedo Moscow, dan mulai memasang angan-angan untuk membelanjakan bonus kemenangan jika United mara dari pusingan pertama pertandingan eropah tersebut.

Setiap pemain akan dibayar sebanyak £2,000 jika United menang, dan beraksi di kedua-dua pusingan perlawanan tersebut. Pemain akan dibayar £1,500 jika beraksi di salah satu perlawanan, dan bonus bernilai £1,000 jika hanya berada di dalam skuad.

(Photo by Popperfoto/Getty Images)

Gary Neville sangat mengingati saat dan ketika tersebut.

Perlawanan pertama yang berlangsung di Old Trafford berakhir dengan keputusan terikat tanpa jaringan. Perlawanan timbal balik di Rusia juga berakhir dengan 0-0 sehingga tamat masa tambahan.

Perlawanan terpaksa ditentukan melalui penentuan sepakan penalti untuk menentukan siapa yang lebih layak ke pusingan seterusnya.

“Di antara kami, sejumlah £3,500 menjadi taruhan melalui sepakan penalti tersebut. Saya akan menerima £1,500, manakala Beckham dan Butt akan menerima £1,000 masing-masing jika menang,” imbas Neville kepada manutd.com

Jumlah tersebut adalah bersamaan dengan pendapatan mereka selama 40 minggu sebagai pemain.

(Photo by Neal Simpson/EMPICS via Getty Images)

Manchester United bermula dengan baik dalam penentuan sepakan penalti tersebut dan mendahului 2-0 selepas Torpedo Moscow gagal memanfaatkan peluang mereka.

Namun kemenangan yang diimpikan oleh Beckham, Neville dan Butt musnah selepas itu. Steve Bruce, Brian McClair dan juga Gary Pallister gagal memanfaatkan sepakan masing-masing untuk United tersingkir dari pertandingan tersebut.

Gary Neville menambah:

“Kami sebenarnya telah merancang untuk membuat pembayaran muka untuk membeli kereta baru sebaik sahaja kembali ke Manchester. United mendahului 2-0, namun masih tersingkir.”

“Brucey (Steve Bruc), Choccy (Brian McClair) dan Pally (Gary Pallister) gagal menjaringkan penalti masing-masing. Ia adalah antara penalti paling teruk yang pernah saya saksikan.”

(Photo by Neal Simpson/EMPICS via Getty Images)

“Di bilik persalinan selepas perlawanan, ketiga-tiga kami hanya mampu duduk di satu sudut, menangis di dalam hati mengenang sejumlah £3,500 yang kami hilang kerana penalti tersebut.”

“Saya terpaksa melupakan impian untuk memiliki sebuah Peugeot GTI. Beckham terpaksa membatalkan tempahan untuk sebuah Maserati. Sehingga ke hari ini, Brucey, Choccy dan Pally masih berhutang sebuah kereta dengan kami,” ujar Neville sambil berseloroh ketika mengenang kembali detik-detik awal penglibatan mereka bersama Manchester United 25 tahun yang lalu.

Sumber:

1. Gary Neville, Man Utd (2017): GARY NEVILLE: THE NIGHT OF THE THROW-IN; http://www.manutd.com/en/News-And-Features/Exclusive-Interviews/2017/Sep/Gary-Neville-reflects-on-his-Manchester-United-debut-25-years-on.aspx

2. Cieran Kelly, M.E.N (2017): The night Manchester United greats David Beckham and Gary Neville were left in tears; http://www.manchestereveningnews.co.uk/sport/football/football-news/manchester-united-news-beckham-neville-13629138

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN