Kisah Perseteruan Chelsea vs Arsenal Dalam Bola Sepak

Derbi London melibatkan banyak pasukan. Namun dalam era pasca Abramovich di Chelsea, perseteruan Arsenal vs Chelsea telah naik ke fasa baharu.

Sebelum ini, penyokong Arsenal menganggap Spurs sebagai musuh utama mereka di kota London. Namun selepas revolusi Abramovich di Chelsea, perseteruan Arsenal dan Chelsea semakin panas.

Tidak lupa juga saga Ashley Cole ke Chelsea satu ketika dahulu juga menjadi rencah baru dalam perseteruan ini.

Setelah Chelsea memenangi beberapa kejuaraan EPL dan juga UCL, perseteruan Arsenal dan Chelsea telah menjadi perseteruan di antara 2 pasukan paling berjaya di London dengan banyak koleksi kejuaraan di antara mereka.

Arsenal memiliki 13 kejuaraan EPL, 13 Piala FA. Chelsea memiliki 6 EPL, 7 Piala FA dan 3 kejuaraan Eropah serta menjadi satu-satunya pasukan London memenangi UCL.

Hari ini lebih ramai penyokong Arsenal menganggap Chelsea sebagai musuh utama mereka di arena bola sepak berbanding dengan Spurs.

Chelsea dan Arsenal satu ketika dahulu

Pada awalnya, derbi 2 pasukan ini tidaklah cukup panas. Boleh dikatakan Chelsea dan Arsenal dahulu bukan musuh perit seperti hari ini.

Kelab Chelsea itu sendiri berpangkalan di barat London di bandar Fulham. Kawasan yang lebih dekat dengan Fulham adalah Queens Park yang ada kelab QPR.

Arsenal terletak di utara London dan mereka sangat dekat dengan Tottenham. Namun sentimen mahu menjadi jaguh di London telah mewujudkan sentimen derbi yang lebih luas berbanding dengan derbi yang hanya di antara kelab berdekatan.

Faktor kesukanan (sporting reason) juga memainkan peranan penting di dalam perseteruan ini. Kejayaan Chelsea merevolusikan kelab mereka telah membuatkan penyokong Chelsea mulai menjadikan Arsenal sebagai sasaran untuk dipintas.

Revolusi Arsenal

Arsenal adalah kelab yang dianggap memiliki tradisi kejayaan sejak dari dahulu. Mereka satu-satunya pasukan Inggeris yang tidak pernah tersingkir daripada liga utama England.

Jika Chelsea melabur besar-besaran untuk menjadi kuasa bola sepak Eropah, Arsenal pernah melakukan perkara yang sama dahulu. Pada 1913, Arsenal berpindah dari Woolwich ke stadium serba moden Higbury.

Selepas itu, pada 1920 dahulu di mana mereka mendapatkan ramai pemain bintang ke dalam pasukan mereka dengan perbelanjaan yang besar ketika itu.

Arsenal mahu membina kelab no.1 di Eropah mengatasi pesaing mereka yang lain termasuk pasukan dari Scotland.

Arsenal selamatkan Chelsea

Ini antara peristiwa yang menunjukkan bahawa, Arsenal dan Chelsea tidak ada permusuhan yang kuat.

Selepas bercuti 4 musim kerana perang dunia, pada 1919, FA Inggeris telah menambah slot liga utama Inggeris daripada 20 kepada 22 pasukan.

Dalam liga sebelum itu, Spurs dan Chelsea telah menamatkan liga di zon penyingkiran pada 1914/15. 2 pasukan divisyen 2 Derby County dan Preston North End mendapat promosi seperti biasa.

Namun begitu, Pengerusi Arsenal, Sir Henry Norris mendesak agar FA Inggeris menyingkirkan Manchester United daripada EPL kerana pasukan tersebut telah mengatur perlawanan dengan Liverpool pada 1915.

Manchester United telah menamatkan liga hanya 2 mata di atas Chelsea yang berada di zon penyingkiran. Sir Henry Norris mendesak FA untuk memberikan slot EPL kepada Chelsea dan Manchester United serta Liverpool harus disingkirkan.

Tetapi Sir Henry Norris merasakan Spurs berhak disingkirkan walaupun slot EPL ditambah kepada 2. Namun begitu Sir Henry gagal menyingkirkan Liverpool dan Manchester United.

Hanya Spurs yang disingkirkan dan satu lagi slot tambahan daripada divisyen 2 diberikan kepada Wolverhampton Wanderers yang menamatkan divisyen 2 di tangga ke-2.

Kegemilangan Chelsea era 1950-an

Chelsea mengalami kemerosotan pada 1960-an. Sebelum itu mereka menjadi pasukan yang kuat tetapi jangka masa kegemilangan mereka ketika itu agak sekejap.

Sepatutnya Chelsea menjadi pasukan Inggeris pertama bermain di kejuaraan Eropah. Tetapi entah mengapa FA England tidak mahu mengiktiraf kejohanan antara kelab Eropah itu.

Pada 1955, UEFA memutuskan ada kejohanan kelab di antara ahli gabungan mereka dikenali dengan nama Piala Eropah. Kejohanan itu bermula pada musim 1956/57. Namun pada edisi pertama, tiada kelab England menyertainya.

Ini kerana, setiausaha FA England, Alan Hardaker enggan meluluskan penyertaan juara Inggeris 1955/56 – Chelsea untuk menyertainya. Alasannya, Chelsea tidak cukup kuat untuk mewakili England beraksi di Eropah ketika itu.

Pada musim berikutnya, Manchester United menjuarai liga. Mereka menerima nasib yang sama, Alan Hardaker enggan meluluskannya.

Sir Matt Busby telah mencabar keputusan Alan Hardaker dan menuntut hak mereka dengan merayu kepada Pengerusi FA ketika itu Stanley Rous.

Perlepasan oleh Rous bermakna kuasa Alan Hardaker tak terguna pakai. Oleh itu, United adalah kelab Inggeris pertama bermain dalam kejohanan Eropah 1957/58.

Ted Drake, legenda Arsenal bawa sinar kepada Chelsea

Bekas bintang legenda Arsenal Ted Drake adalah individu penting di dalam sejarah gemilang pasukan Chelsea ketika itu.

Ted Drake menjadi pengurus Chelsea pada 1952. Sebagai rekod Ted Drake adalah bintang utama yang memberikan kgemilangan kepada Arsenal pada era 1930-an.

Drake menjadi penjaring terbanyak Arsenal untuk 2 musim. Beliau menjaringkan 42 gol dalam semusim pada musim kedua di Arsenal.

Ted Drake membantu Arsenal menjuarai Piala FA 1936 menewaskan, Sheffield United. Beliau pernah menjaringkan 7 gol dalam satu perlawanan menentang Aston Villa pada 1935.

Ketika menguruskan Chelsea, legenda Arsenal, Ted Drake berjaya memberikan kejuaraan EPL pertama di dalam sejarah kelab Chelsea pada 1955.

Itulah kejuaraan pertama dan terakhir Chelsea sehinggalah ketibaan Jose Mourinho kira-kira separuh abad kemudian untuk kejuaraan kedua EPL untuk Chelsea.

Ted Drake juga yang telah menukar imej skuad Chelsea daripada gelaran The Pensioner kepada Chelsea yang baru. Era Drake, logo pesara tersenyum telah ditukar kepada logo yang mirip Rangers di Soctland.

Namun tidak lama selepas itu, kelab mereka menukar logo kepada singa dan digelar The Blues.

Arsenal singkirkan Chelsea

Arsenal berjaya menyingkirkan Chelsea daripada EPL pada 1978/79. Skuad The Blues hanya menang 5 perlawanan liga dalam musim tersebut.

Kemenangan 5-2 Arsenal ke atas Chelsea ketika itu telah menyebabkan The Blues tersingkir dalam musim buruk mereka di EPL. David O Leary antara pemain yang menjaringkan gol ketika itu.

Chelsea nafikan Arsenal daripada Invincibles

Tahukah anda bahawa, Arsenal boleh mencipta invincibles lebih awal daripada 2003/04. Mereka tidak kalah sepanjang musim 1990/91.

Namun Arsenal hanya tewas 1 perlawanan sahaja iaitu di tangan Chelsea pada Februari. Arsenal menenangi liga, 7 mata di atas Liverpool walaupun mereka ditola 2 mata kerana insiden dengan Manchester United.

Era moden

Kehadiran Roman Abramovich pada 2003 telah berjaya membantu Chelsea untuk menjadi pasukan elit di London. Kualiti pasukan Chelsea meningkat mendadak. Arsenal juga memiliki pasukan yang hebat di Eropah.

Dalam pertemuan Arsenal vs Chelsea di suku UCL 2003/04, pengulas sukan dunia menganggap ia adalah perlawanan melibatkan 2 pasukan antara yang terbaik di Eropah ketika itu. Wayne Bridge memastikan Chelsea mara ke separuh akhir.

Selepas itu, kedua-dua pasukan telah mencipta perseteruan yang lebih perit. Ia tidak seperti dahulu. Perlawanan Chelsea dan Arsenal sentiasa panas.

Namun pada era Mourinho sehingga ke hari ini, Chelsea lebih menikmati pertemuan ini. Chelsea menang Piala Liga 2007 dengan menewaskan Arsenal 2-1. 3 pemain dibuang padang iaitu Kolo Toure, Emmanuel Adebayor dan John Obi Mikel.

Chelsea kemudiannya menewaskan Arsenal di perlawanan separuh akhir Piala FA 2009. Dalam kepulangan kedua Jose Mourinho ke Chelsea, beliau ‘menghadiahkan’ perlawanan ke-1,000 Wenger dengan kemenangan berpihak Chelsea 6-0.

Dalam final Piala FA 2016/17, Arsenal menyekat Chelsea daripada menjuarai doubles. Arsenal menang 2-1.

Ia diikuti dengan kejayaan Arsenal merampas perisai komuniti daripada Chelsea pada awal musim 2017/18.

Apa yang pasti perseteruan derbi di antara Arsenal dan Chelsea pada hari ini lebih menarik untuk disaksikan!

Siapakah Pride of London yang sebenar?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN