Inter Milan Teruskan Permulaan Sempurna, Dzeko Jaring 2 Gol Selepas Kontroversi Kritik Pengurus

Inter Milan meneruskan permulaan sempurna selepas 4 perlawanan setakat ini. Inter menang 2-0 ke atas Crotone semalam, manakala AS ROma melepasi cabaran Verona dengan kemenangan 3-0.

Ini adalah permulaan yang terbaik untuk Inter Milan dalam usaha mereka menjadi pencabar kejuaraan Serie A sekali lagi.

2 lagi pasukan yang menang 100% selepas 3 perlawanan, Juventus dan Napoli akan turun beraksi hari ini.

Spalletti jelas lega dengan kemenangan ini meskipun ia hadir agak lewat. 2 jaringan 10 minit terakhir tersebut adalah menerusi Milan Skriniar (minit ke-82) dan Ivan Perisic (masa kecederaan +3′).

Spalletti berkata kepada wartawan selepas perlawanan:

“Ini bukan kemenangan yang mudah. Tetapi dengan kemenangan dalam perlawanan seperti ini menunjukkan pasukan kami boleh beradaptasi dengan baik dalam keadaan cuaca yang sangat panas.”

“Calabria sangat panas hari ini, padang kering dan membuatkam tempo perlawanan menjadi perlahan kerana pergerakan bola tidak lancar. Selain daripada padang kering, angin juga kuat. Ia memang mencabar.”

Spalletti enggan pemain beliau terlalu terbuai-buai dengan permulaan sempurna ini.

“Kami tidak berminat untuk merujuk kedudukan liga sekarang ini, kami hanya perlu meneruskan apa yang patut kami lakukan. Perjalanan masih panjang dan jangan terlalu terbuai-buai dengan keadaan sekarang.”

Musim lalu, Crotone menegejutkan Inter Milan pada April. Ia sekaligus menamatkan persaingan Inter daripada slot Eropah musim ini.

Dalam satu lagi perlawanan tumpuan semalam, AS Roma menang bergaya 3-0 ke atas Verona. Radja Nainggolan membuka tirai jaringan dengan gol pada minit ke-22

Edin Dzeko minggu ini menjadi tumpuan media selepas terbuka mengkritik taktikal Eusebio di Francesco.

Namun beliau menjalankan tugasnya dengan baik apabila menjaringkan 2 gol pada minit ke-34 dan ke-61. Alessandro Florenzi kembali semula ke padang selepas berehat hampir setahun kerana kecedearaan.

Lebih manis, Florenzi melakukan 1 bantuan gol dalam perlawanan ini.

Keputusan perlawanan Serie A untuk semalam adalah seperti berikut:

Crotone 0 Inter Milan 2

Fiorentina 2 Bologna 1

Roma 3 Hellas Verona 0

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN