Manchester United Tiada Perancangan Sambut Rooney Seperti Ronaldo Dalam UCL 2013

Manchester United tidak kisah dengan cadangan daripada sesetengah pihak dan penyokong United untuk memberikan sambutan istimewa kepada Wayne Rooney seperti mana yang mereka lakukan kepada Cristiano Ronaldo pada 2013.

United juga memberitahu yang mereka tidak mencetak gambar Rooney di dalam matchhday program mereka. Hanya gambar Lukaku yang ada di situ. Ianya berbeza ketika United meraikan kepulangan Ronaldo pada 2013.

United juga menentang idea daripada penyokong yang mencadangkan guard of honor kepada Wayne Rooney yang merupakan penjaring terbanyak sepanjang zaman United kerana ianya dianggap tidak masuk akal untuk perlawanan liga seperti ini.

Tidak ada juga pengumuman istimewa seperti mana yang berlaku dalam malam UCL Manchester United vs Real Madrid, di mana Sir Alex Ferguson meminta penyampai stadium, Alan Keegan untuk mengumumkan nama pasukan pelawat selepas pasukan tuan rumah.

Ini untuk membolehkan Keegan menyebut nama Ronaldo sebagai pemain terakhir dalam senarai dan ia akan disambut dengan bunyi gegak gempita di stadium.

Sir Alex pernah menyatakan yang beliau berharap sambutan istimewa ke atas Ronaldo akan membuatkan pemain itu sedikit sentimental dan hilang tumpuan.

Namun ia tidak berlaku apabila Ronaldo cemerlang beraksi dan turut menjaringkan gol kemenangan Real Madrid di dalam perlawanan tersebut.

Jadi dalam perlawanan Manchester United menentang Everton malam ini, tiada upacara sambutan khas ataupun guard of honor untuk Rooney. Manchester United tetap menghormati legenda mereka itu.

Rooney juga sudah diberikan perlawanan testimonial sebelum ini. Pihak kelab akan menjalankan hari perlawanan seperti biasa.

Namun kami pasti penyokong United sudah bersedia dengan sambutan mereka ke atas hero mereka itu.

Pengurus Everton, Ronald Koeman memberikan penghargaan peribadi beliau kepada Rooney di atas kepulangan bintang legenda Manchester United ini.

(Photo credit should read BEN STANSALL/AFP/Getty Images)

“Rooney banyak berjasa kepada Man United. Ketika itu mereka ada ramai pemain hebat seperti Giggs. Kualiti United ketika itu luar biasa dan Rooney menjadi sebahagian daripada mereka.”

Sumber

Daily Mail: http://www.dailymail.co.uk/sport/football/article-4891530/Manchester-United-downplay-Wayne-Rooney-s-return.html

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN