Pembangunan bola sepak di pentas akar umbi kini boleh dianggap sebagai sesuatu yang sangat positif di Malaysia, selepas pelbagai platform dan akademi telah pun diperkenalkan buat bakat-bakat muda menceburkan diri dalam sukan tersebut.
Pada usia masih muda, pelbagai pendedahan pastinya bakal diberikan oleh jurulatih daripada asas pengenalan bola sepak sehingga ke arah menjadi lebih profesional.
Di pentas pembangunan akar umbi juga menjadi titik penting untuk jurulatih membentuk mentaliti para pemain muda menjadi lebih baik serta terhindar daripada pengaruh-pengaruh tidak baik sehingga ke pentas lebih tinggi.
Walaupun begitu, sehingga kini masih kedengaran beberapa isu kurang enak dalam suasana pembangunan bola sepak di negara ini seperti isu pergaduhan sesama pemain, membabitkan pertengkaran ibu bapa serta sikap negatif sendiri ditampilkan mereka terlibat.
Sasaran asal untuk membentuk mereka menjadi pemain serba lengkap di atas serta luar padang seolah tenggelam apabila ada sesetengah daripada penjaga atau jurulatih hanya menyasarkan kemenangan serta melupakan perkara pentinh untuk menaikkan jati diri anak-anak muda itu.
Sama seperti satu isu yang kini sedang tular di media sosial, jurulatih pembangunan akar umbi bola sepak iaitu Shazwan Wong telah pun berkongsikan suatu video negatif mengenai sikap pemain muda dalam satu perlawanan.
Ref awarded the goal .. how was that possible !
Kadang2 benda macam ni la boleh trigger free for all pic.twitter.com/vRpqC7MDUf— Shazwan Wong 🇲🇾 (@ShazwanWong) March 3, 2024
Pada rakaman yang dikongsikan beliau di media sosial X, satu perlawanan pembangunan akar umbi berlangsung dengan situasi sepakan percuma sedang berlaku di luar kotak penalti membabitkan pasukan biru dan merah.
Dalam kekalutan itu, seorang pemain berjersi merah bertindak untuk menerkam penjaga gol lawan dari pasukan biru untuk menghalang beliau menyelamatkan keadaan sekali gus memberi jaringan buat pasukan merah.
Tidak sekadar itu, para pemain berjersi merah bertindak biadap untuk meraikan gol tersebut di hadapan para penyokong dengan cara berlebih-lebihan seolah suatu provokasi.
Lebih mengharukan, pengadil perlawanan tersebut turut membenarkan jaringan itu walaupun ianya terbukti ada kekasaran tidan sepatutnya dibuat.
Perkongsian video itu jelas mendapat maklum balas sangat negatif dalam kalangan pengguna media sosial X yang memberi kecaman kepada pemain berjersi merah serta pengadil perlawanan bertugas.
“Mak aiiiii..ini bukan pembangunan bola sepak, ini WWE (World Wrestling Entertainment),” komen bekas pemain kebangsaan Harimau Malaya iaitu Shahrom Kalam.
“Siapalah jurulatih pasukan itu, sorang pemain pergi terkam penjaga gol lawan, dua pemain lagi pergi meraikan dan menganjing macam k*mak dekat orang dewasa. Rosak budak-budak ni,” ujar Inspector Clouseau.
“Jurulatih pasukan lawan perlu mengambil sikap tanggungjawab untuk perkara ini. Jika beliau mengajar para pemainnya untuk membuat aksi ini, dia tak sepatutnya berada berdekatan dalam dunia pembangunan bola sepak.
“Jika dia sendiri tidak melakukan perkara tersebut, beliau perlu memperbetulkan semula keadaan dan meminta para pemain untuk memohon kemaafan,” kata Ahmad Muzammil.