Terengganu Tak Minat Dapatkan Khidmat Lee Tuck Musim Ini

Terengganu tampil memberi kenyataan mengenai status bekas pemain tengah mereka iaitu Lee Tuck, apabila Sang Penyu sah mengakui tonggak Harimau Malaya itu tiada dalam perancangan untuk harungi musim 2024/2025.

Terdahulu, Tuck mengakui beliau secara terbuka berminat bagi menyertai Terengganu pada saingan hadapan dan membuka kembali ruang beliau untuk kembali aktif dalam dunia bola sepak profesional di Malaysia.

Sebelum ini juga, pemain tengah kreatif itu telah pun menamatkan kontrak beliau dengan lebih awal pada pertengahan musim lalu bersama Kedah Darul Aman (KDA) dan memutuskan untuk kembali ke England dengan status kerakyatan Malaysia.

Laporan sebelum ini menyatakan Tuck berminat untuk kembali ke Malaysia dalam saingan akan datang menerusi hasrat beliau untuk mewakili Terengganu

“Terkini saya tidak bermain dengan mana-mana kelab, TFC adalah sebuah kelab yang begitu hebat, saya mempunyai begitu banyak kenangan indah di sana (Terengganu) bersama orang Terengganu selain pasukan.

“Dua anak saya lahir di Terengganu, jadi ia adalah tempat yang begitu istimewa buat keluarga kami. Jadi saya sedia menyarung jersi TFC sekiranya ada tawaran daripada pasukan itu pada musim ini.

“Bagaimanapun setakat ini saya tidak dihubungi oleh pihak pengurusan TFC untuk berbincang mengenai perkara itu (menyarung jersi TFC), jika ada saya anggap ia satu keuntungan buat saya, namun apa-apapun terpulang kepada pihak pengurusan TFC,” kata beliau menerusi laporan dikeluarkan oleh Harian Metro.

Walaupun begitu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Terengganu iaitu Mohd Sabri Abas mengakui Tuck tiada dalam perancangan mereka untuk mengharungi saingan akan tiba.

Menurut beliau, posisi tengah Sang Penyu kini sudah pun lengkap dan mereka tiada keperluan untuk menandatangani bekas pemain Kedah Darul Aman (Kedah) itu.

“Setakat ini pemain itu (Tuck) tidak ada dalam perancangan pasukan termasuk ketua jurulatih, Tomislav Steinbruckner dalam mengharungi saingan Liga M musim 2024/2025.

“Lagipun jentera tengah pasukan yang terdiri daripada pemain tempatan dan import sudah lengkap sepenuhnya, pada masa sama TFC juga fokus kepada pemain muda tempatan untuk memberikan minit permainan yang lebih kepada mereka bagi memastikan lebih berdaya saing.

“Satu lagi memandangkan kewangan pasukan tidak begitu besar, kita terpaksa berbelanja secara lebih berhemah termasuk mengurangkan jumlah pemain import biarpun boleh didaftarkan seramai sembilan pemain.

“Jadi kami memohon maaf kepada Tuck kerana tidak dapat merealisasikan impiannya biarpun mengetahui pemain itu begitu berminat untuk kembali berkhidmat bersama pasukan TFC musim ini,” katanya mengenai situasi tersebut di Harian Metro.

Nama Tuck bukan lagi suatu yang asing buat Sang Penyu apabila beliau pernah mewakili kelab tersebut beberapa musim lalu bersama aksi cukup menyakinkan.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN