Willian Lira Makin Hampiri Rekod Penjaring Terbanyak Thai League 1 Musim Ini

Penyerang berbisa Chonburi FC iaitu Willian Lira kini semakin menghampiri kejayaan beliau untuk merekodkan diri selaku penjaring terbanyak dalam saingan Thai League 1.

Terbaharu, jaringan Lira berjaya memastikan pasukan diwakilinya itu untuk sekurangnya mendapat satu mata penting dalam saingan utama tersebut ketika mereka menentang Uthai Thani di gelanggang lawan.

Diturunkan dalam kesebelasan utama pada perlawanan tersebut bersama bekas penyerang import Selangor iaitu Herlison Caion, pasukan tersebut tampak kurang efektif terutama sekali di separuh masa pertama.

Pada separuh masa kedua, tuan rumah terlebih dahulu memperoleh gol melalui pemain import mereka, Jiloan Hamad pada minit ke-75.

Tampil selaku penyelamat pasukan pada minit ke-84, Lira tidak mempersiakan peluang untuk menyudahkan satu hantaran berkualiti daripada rakan sepasukan dalam petak penalti bagi memastikan Chonburi tidak pulang dengan tangan kosong.

Keputusan tersebut kini meletakkan Chonburi di tangga ke-11 dengan 21 mata terkumpul hasil daripada lima kemenangan serta sembilan kali sendiri direkodkan pasukan itu musim ini.

Jaringan tersebut juga menyaksikan Lira kini berada di tangga utama saingan Thai League 1 selaku penjaring terbanyak dengan 13 gol sudah pun diledak beliau pada musim ini.

Walaupun terikat daripada segi jumlah jaringan bersama penyerang berbisa Prachuap iaitu Jeong Woo-geun, momentum semasa Lira dijangka akan terus kekal selaku peledak berbisa di Thailand.

Malah ia bakal menjadi musim yang sangat baik buat penyerang dari Brazil itu selepas beliau tampil kurang menyerlah ketika beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) pada tahun lalu.

Umum mengetahui, Lira telah pun beraksi pada tahun lalu dalam saingan Liga M selaku penyerang import dalam beberapa perlawanan awal sebelum beliau berpisah bersama kelab berkenaan dan menyertai Chonburi FC.

Sepanjang bersama Kedah, Lira sempat mempamerkan taring beliau selaku antara penyerang import berbisa dengan merekodkan lapan gol serta dua bantuan jaringan daripada 15 perlawanan diharungi.

Dalam saingan Thai League 1, nama pemain ini terus menjadi sebutan dalam kalangan para penyokong atas ketajamannya kini bersama Chonburi FC walaupun baru menyertai kelab tersebut sejak pertengahan tahun lalu.

Selain faktor persefahaman bersama Caion di posisi utama serangan, secara keseluruhan rakan sepasukan Lira memahami apa perlu dibuat untuk memastikan penyerang itu terus tajam di hadapan gawang gol.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN