Kedah Rasmi Umum Lepaskan 8 Pemain Import Musim Lalu

Kedah Darul Aman (Kedah) secara rasminya telah pun menyatakan lapan pemain import mereka pada tahun lalu tidak dikekalkan dengan hanya nama Manuel Ott sahaja tiada dalam senarai tersebut.

Menerusi perkongsian dibuat pasukan tersebut melalui media sosial mereka, sebanyak lapan pemain import tahun lalu iaitu Bojan Ciger, Amirbek Juraboev, Moses Atede, Manuel Hidalgo, Alan Robertson, Jonathan Balotelli, Ifedayo Olusegun, serta Ebenezer Assifuah sah tidak akan kekal bersama Sang Kenari.

Seorang lagi pemain import iaitu Manuel Ott tidak dinyatakan sekali dalam senarai tersebut dan menyaksikan beliau akan terus bersaing pada musim hadapan bersama Kedah.

“Terima kasih kepada 8 pemain import KDA FC musim 2023 atas sumbangan dan perjuangan hebat mereka kepada pasukan Liga Super Kedah Darul Aman FC sehingga menjadi 4 pasukan terbaik liga.

“Prestasi cemerlang dan semangat juang yang dipamerkan dalam mengangkat mutu permainan Sang Kenari musim lepas dan memberikan impak positif kepada pasukan menjadi inspirasi kepada kita semua.

“Ahli Lembaga Pengarah dan pengurusan KDA FC merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ifedayo Olusegun, Bojan Ciger, Moses Atede, Manuel Hidalgo, Amirbek Juraboev, Ebenezer Assifuah, Alan Robertson dan Jonatan Balotelli atas dedikasi mereka sepanjang musim.

“Sumbangan barisan pemain import Sang Kenari musim ini bukan sahaja dalam padang tetapi juga dalam pembinaan semangat kumpulan dan kekal professional melaksanakan tanggungjawab sebagai pemain dikala kelab dibelenggu beberapa isu di pertengahan musim telah membantu Sang Kenari mencapai sasaran menduduki tangga ke-4#pemainimport.

“Untuk musim baharu di saingan Liga Super 2024-2025, pihak pengurusan KDA FC membawa haluan berbeza dan mengucapkan selamat maju jaya buat semua pemain import bersama kelab baharu.

“Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada keluarga Sang Kenari,” jelas kenyataan tersebut mengenai status pemain import mereka pada musim 2024/2025.

Untuk rekod, musim lalu menyaksikan Kedah antara pasukan mengalami masalah tunggakan gaji dalam saingan Liga Malaysia (Liga M), selain beberapa kelab lain turut menghadapi isu sama.

Ketiadaan para pemain import ini menyaksikan rombakan baharu bakal dibuat skuad kendalian Nafuzi Zain dalam usaha untuk kembali memberi persaingan sengit pada saingan hadapan.

Berkemungkinan juga, Sang Kenari tidak akan menggunakan semua kuota import dengan langkah penjimatan pastinya menjadi keutamaan pasukan tersebut musim seterusnya dalam saingan Liga Malaysia (Liga M).

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN