Nelson San Martin Tawar Diri Untuk Jadi Jurulatih Kedah

Nelson San Martin

Bekas pemain Kedah Darul Aman (KDA) yang pernah memenangi ‘double treble’, Nelson San Martin menawarkan diri secara langsung untuk melatih pasukan Liga Simpanan atau pasukan B-23 pasukan itu musim hadapan.

Ini susulan berita dari wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal dalam Twitter miliknya menyatakan Manzoor Azwira akan terus kekal bersama Penang musim hadapan biar pun dikaitkan dengan KDA pada awalnya.

Manzoor dikaitkan untuk menjadi jurulatih pasukan simpanan KDA.

Bekas pemain tengah KDA itu sangat berharap pihak pengurusan dapat memberi peluang kepada dirinya untuk membuktikan sesuatu demi kemajuan bola sepak Kedah.

Bagi membuktikan dirinya begitu serius dalam sola ini, Martin telah menghubungi pihak pengurusan KDA dan bersedia untuk kembali ke Alor Star bagi menabur bakti di negeri tersebut yang sudah dianggap sebagai rumahnya.

Pemain kelahiran Chile merupakan salah seorang pemain yang pernah mencipta sejarah bersama KDA dan sehingga kini, tiada mana-mana pasukan lagi mampu memecah rekod mereka dengan memenangi enam piala utama untuk dua tahun berturut-turut.

Jika hasrat ini menjadi kenyataan, musim hadapan kita akan melihat gandingan mantap barisan jurulatih KDA kerana difahamkan, ketua jurulatih skuad utama pun mempunyai sejarah yang hebat bersama pasukan ini satu ketika dahulu dan mereka pernah bermain bersama.

 

Mungkin ramai tidak tahu pemain berusia 42 tahun mengikuti rapat perkembangan bola sepak di Malaysia terutama pasukan KDA malah, dirinya juga telah menjadi ahli secara rasmi bersama Kelab Penyokong Hijaukuning Negeri Kedah (HKC).

Ini menunjukkan pemain ini begitu sayang terhadap pasukan yang pernah memberi kenangan manis untuk dirinya dan sebab itu, beliau begitu berminat untuk pulang ke Malaysia khususnya negeri Kedah.

Beliau pernah mewakili KDA pada tahun 2006 sehingga 2008 dan terpaksa berhijrah ke pasukan luar kerana ketika itu mana-mana pasukan Liga Malaysia tidak dibenarkan menggunakan pemain import.

Kalau bukan kerana larangan pemain import, sudah pasti pasukan Utara ini akan terus mencipta rekod baharu.

Setelah berkelana beberapa tahun dengan pasukan luar dan beliau kembali sekali bersama KDA pada tahun 2013 namun mengakhiri kariernya bersama pasukan T-Team.

Sepanjang bermain bersama skuad Hijau Kuning, beliau telah meledak hampir 90 jaringan dan ini satu angka begitu besar kerana posisi yang dimainkan oleh pemain ini adalah di bahagian tengah.

Dengan kawalan bola begitu kemas serta hantaran berbahaya kepada barisan hadapan, maka tidak hairan ketika itu gandingan beliau dengan Marlon Alex James begitu digeruni sehingga berjaya memenangi penjaring terbanyak untuk musim 2007/2008.

Semoga hasrat Martin untuk melatih Kedah akan tercapai dan mungkin pihak pengurusan boleh berbincang secara serius kerana pemain ini sendiri yang menawarkan diri untuk bersama dalam pasukan.

Jika tidak diberi mandat bersama pasukan yang akan bermain di Liga Simpanan, mungkin boleh beri dahulu untuk bawa skuad Piala Presiden untuk melihat kewibawaan beliau dalam mengurus pasukan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN