Negeri Sembilan Tak Tergugat Kekuatan Semasa Tanpa 2 Import

Negeri Sembilan dilaporkan terus bersemangat kini untuk menghadapi aksi Liga Super seterusnya walaupun bakal turun tanpa kelibat dua pemain import mereka.

Ini kerana dua pemain import Negeri Sembilam sebelum itu, Safuwan Baharudin serta Levy Madinda secara rasminya sudah pun keluar daripada pasukan tersebut untuk menyertai kelab lain.

Tampil dengan serba kekurangan, ramai pemerhati atau penyokong bola sepak tempatan menjangkakan pasukan tersebut bakal tampil dengan lebih teruk untuk baki saingan akan datang.

Tambahan pula, dilaporkan juga pengurusan Negeri Sembilan tidak mempunyai perancangan untuk menambah pemain import baharu dan menggunakan baki sedia ada sahaja musim ini.

Walaupun begitu, pembantu kapten pasukan iaitu Nasrullah Hanif Johan melaungkan keyakinan tinggi Negeri Sembilan akan terus berusaha mengekalkan prestasi terbaik bagi siri perlawanan akan datang untuk memperoleh keputusan positif buat para penyokong.

Selain itu, Nasrullah juga menyatakan semangat pemain ketika ini jelas tidak luntur dan akan fokus memberi segalanya terbaik untuk pasukan dalam setiap perlawanan dihadapi.

“Biarpun dua pemain import meninggalkan pasukan, namun saya yakin penghijrahan mereka tidak akan menjejaskan keseluruhan kekuatan pasukan dalam mengharungi baki saingan liga.

“Malah, yakin semangat mereka tidak akan luntur sebaliknya kekal fokus untuk mendapatkan keputusan yang baik dalam setiap perlawanan kerana perkara itu sudah tersemat dalam sanubari pemain sejak awal musim.

“Saya dan semua pemain Negeri Sembilan akan terus bekerja keras menggalas tanggungjawab serta amanah terhadap pasukan ini, untuk mempertahankan reputasi serta merealisasikan impian yang ingin dicapai musim ini,” katanya menerusi laporan daripada Harian Metro.

Adakah Negeri Sembilan Pasukan Paling Malang Di Liga Super Musim Ini?

Pada masa sama, Nasrullah juga yakin pemain gantian seperti Hafiz Ramdan mampu untuk mengisi kekosongan ditinggalkan oleh Levy Madinda dalam menggerakan serangan kelab.

Manakala kelibat Mohamad Hariz Kamaruddin dilihat cukup menyerlah untuk menampung posisi yang sebelum ini menjadi milik Safuwan Baharudin dalam kesebelasan utama pasukan.

Ketika ini Negeri Sembilan mempunyai dua sahaja pemain import iaitu Casagrande selaku penyerang utama pasukan dan dilaporkan dalam pemulihan daripada kecederaan dialami.

Manakala Herold Goulon akan terus mengetuai jentera pertahanan serta tengah buat skuad Hoben Jang Hoben sehingga ke penghujung musim ini bersama pasukan.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN