Mbappe Rela Panaskan Bangku Simpanan PSG Daripada Pindah Ke Al-Hilal

Kylian Mbappe

Pemain Perancis, Kylian Mbappe kini dilaporkan bersedia untuk menghabiskan sisa kontraknya bersama-sama Paris Saint-Germain (PSG) pada musim ini walaupun sudah menerima tawaran hebat daripada kelab Arab Saudi.

Sebelum ini, PSG meletakkan isyarat kepada semua kelab yang Mbappe adalah pemain yang boleh dibeli selepas mereka tidak mahu melepaskan bintang Perancis itu kepada Real Madrid secara percuma pada 2024.

Pelbagai kelab disebut-sebut berminat mahukan khidmat Mbappe termasuklah dua seteru utara London iaitu Arsenal dan Tottenham Hotspur.

Akan tetapi, tawaran daripada kelab Arab Saudi iaitu Al-Hilal paling mencuri tumpuan apabila mereka menawarkan yuran perpindahan sebanyak €300 juta selain bayaran gaji berjumlah €700 juta kepada Mbappe untuk setahun.

PSG dilaporkan telah menerima tawaran tersebut akan tetapi Mbappe tidak berminat untuk beraksi di Arab Saudi.

Menurut laporan Relevo, Mbappe dikatakan lebih rela duduk di bangku simpanan PSG berbanding bermain selama setahun bersama-sama Al-Hilal sebelum akhirnya ke Real.

Mereka mendedahkan yang PSG menggunakan segala yang mereka mampu untuk menghantar Mbappe ke Al-Hilal. Namun begitu, jika pemain itu memilih untuk tidak mahu ke sana, tiada apa yang mereka boleh lakukan.

Terdapat cakap-cakap yang PSG akan rela meletakkan Mbappe ke bangku simpanan jika pemain itu tidak berpindah ke mana-mana kelab pada musim panas ini dan itulah yang pemain itu rela lakukan demi merealisasikan pemergiannya ke Real pada 2024 secara percuma.

Situasi boleh dianggap tegang di PSG kerana Mbappe jelas sekali tidak mahu pemergiannya memberikan keuntungan kepada kelab itu.

Dalam masa yang sama, PSG juga, kalau diikutkan tidak mahu melepaskan pemain handalan mereka itu dengan sebarang harga rendah. Mereka kalau boleh mahu menjual Mbappe dengan harga semahal boleh.

Tetapi kalau dalam situasi sebegini, apa sahaja nilai boleh saja diterima oleh PSG asalkan bukannya sifar.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN