Negeri Sembilan bakal beraksi pada perlawanan seterusnya dalam aksi Liga Super 2023 untuk mengekalkan momentum kemenangan mereka selepas tampil cemerlang ketika dua aksi terdahulu.
Berdepan Kelantan United, ianya merupakan satu lagi peluang terbaik buat Negeri Sembilan untuk cuba mendapatkan tiga mata penuh selepas prestasi dipamerkan lawan kini tidak menentu.
Selamat pagi, Sekalian Yang Setia.
Jangan lupa temujanji kita malam esok untuk turun ke Paroi. Kita sokong skuad Jang memburu kemenangan ke-5. pic.twitter.com/rxJ7ZnBsJB
— Negeri Sembilan Football Club (@nsfc1923) May 22, 2023
Sebelum itu, Negeri Sembilan tampil mencipys dua kemenangan berturut-turut ketika mereka berjaya mengatasi Kuala Lumpur City (KL City) dengan keputusan penuh 2-1 di laman sendiri.
Keputusan positif terus dicatat skuad kendalian K. Devan itu dengan melakar kemenangan dramatik 2-1 pula untuk mengatasi PDRM di gelanggang lawan iaitu Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Menerusi rentak positif yang dipamerkan oleh Negeri Sembilan kini, rata-rata pemain berada dalam motivasi yang cukup baik serta bersedia untuk terus menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri pada aksi seterusnya.
Perkara ini diakui sendiri oleh pertahanan kental Negeri Sembilan, Nasrullah Hanif Johan yang mahu menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri untuk meraih keputusan positif.
Jelas Nasrullah, para pemain perlu memanfaatkan kelebihan tersebut untuk meneruskan rentak kemenangan bagi terus memperbaiki kedudukan semasa dalam carta liga.
“Fokus kami ketika ini adalah untuk menggunakan peluang terbaik beraksi di laman sendiri bagi meneruskan rentak kemenangan buat kali ketiga berturut-turut apabila berdepan Kelantan United, esok.
“Saya yakin dan percaya, hasil dua kemenangan yang dicatatkan ke atas pencabar terkuat iaitu KL City dan PDRM, akan menambahkan lagi keyakinan diri pemain untuk mengekalkan persembahan cemerlang dan seterusnya memastikan kemenangan,” katanya menerusi Harian Metro.
Pada masa sama, Nasrullah enggan memandang ringan akan cabaran pelawat walaupun kini Kelantan United menghuni kedudukan dasar liga.
Yes Eky, more to come!
3 gol telah dijaringkan oleh beliau setakat ini. Pastinya sentuhan penyudah beliau akan terus ditagih 💪💪
Skuad Jang kini memburu kemenangan ke-5. Ramai-ramai kito ponohkan Paroi dan sokong Eky & rakan-rakan. pic.twitter.com/GyG1ymlZ5Q
— Negeri Sembilan Football Club (@nsfc1923) May 21, 2023
Jelas Nasrullah, beliau mengingatkan kepada rakan sepasukan lain supaya tidak mengambil mudah akan cabaran lawan serta berhati-hati ketika perlawanan berlangsung.
Menerusi rekrut baharu Kelantan United musim ini, mereka dibarisi ramai pemain berpengalaman serta bintang import yang berbahaya di hadapan gol.
Ketika ini Negeri Sembilan berada di tangga ketujuh selepas mengharungi 11 perlawanan untuk memperoleh 16 mata hasil empat kemenangan serta empat kali seri.