‘Masalah Kesihatan’- Negeri Sembilan Hilang Khidmat Herold Goulon Hingga Akhir Musim

Keadaan semasa Negeri Sembilan pada musim ini boleh disifatkan agak getir, dengan terbaharu mereka dilaporkan kehilangan salah seorang pemain import mereka untuk baki saingan Liga Malaysia (Liga M) 2023.

Pemain yang dimaksudkan itu ialah tonggak pertahanan mereka iaitu Herold Goulon, selepas K. Devan sendiri menyatakan tentang kehilangan bintang import tersebut dalam pasukan sehingga menimbulkan persoalan dalam kalangan peminat.

Jelas pengendali tersebut, Goulon berkemungkinan besar tidak akan bersama pasukan selepas pemain itu dilaporkan mengalami masalah kesihatan yang serius untuk kembali beraksi di atas padang.

“Dia ada masalah kesihatan yang agak serius dan boleh menjejaskan tahap prestasinya, malah perlukan pembedahan, kalau tidak membuat pembedahan mungkin akan memberi kesan.

“Kita sudah jumpa dan berbincang dengan pihak doktor mengenai kesihatan beliau dan akan cuba berunding dengan beliau, ia bergantung kepada dirinya sendiri (kedudukan dalam pasukan).

“Dia perlu mengambil tindakan dan menyelesaikan masalah kesihatan dihadapinya dan kemudian perlu dapatkan kembali tahap prestasi terbaik untuk membolehkan kembali berada dalam pasukan.

“Namun, jika mengambil masa yang panjang mungkin kita perlu fikirkan (tindakan selanjutnya,” katanya menerusi Harian Metro.

Sebelum itu, Negeri Sembilan hanya menandatangani empat sahaja khidmat pemain import untuk mengharungi persaingan liga berbanding dengan pasukan lain.

Dengan kehilangan Herold Goulon, pastinya ia akan menyukarkan lagi situasi semasa Devan untuk mengatur strategi lebih ampuh pada siri perlawanan akan datang.

Tambahan pula, penyerang utama mereka iaitu Casagrande juga dilaporkan masih lagi mengalami kecederaan dan tidak dapat dibawa turut sejak beberapa perlawanan lalu untuk memperkukuhkan jentera hadapan kelab.

Menerusi situasi tersebut, pastinya Devan mempunyai rencana untuk membawa kekuatan import baharu menjelang jendela perpindahan akan datang.

Musim ini menyaksikan Goulon telah pun meledak tiga gol secara keseluruhan dalam semua perlawanan dihadapi beliau bersama Negeri Sembilan.

Tampil dengan kekuatan fizikal yang baik, Goulon juga merupakan seorang pemain serba berkebolehan untuk mengemudi jentera tengah serta memacu serangan buat Negeri Sembilan sejak musim lalu lagi.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN