Negeri Sembilan Beri Bayangan Untuk Tandatangani Penyerang Import Baharu

Negeri Sembilan pada musim ini tampil dengan serba kekurangan berbanding musim lalu terutama sekali daripada segi kuota import mereka berbanding kelab lain.

Menerusi empat sahaja pemain import diikat pada awal musim ini, pasukan tersebut tampil dengan aksi kurang menyakinkan termasuk dengan kekalahan terbaharu ketika menentang Kedah Darul Aman (Kedah).

Empat pemain yang diikat itu ialah Levy Madinda menerusi status pinjaman daripada Johor Darul Ta’zim (JDT), Herold Goulon, Safuwan Baharudin, serta Anselmo Arruda da Silva (Casagrande).

Terbaharu, kelab tersebut dilaporkan bakal menambah kuota import yang beraksi di posisi serangan menjelang tirai perpindahan kedua pada bulan Julai depan untuk bergandingan bersama Casagrande bagi memperkukuhkan jentera hadapan.

Walaupun begitu, segalanya boleh dilaksanakan jika status kewangan Negeri Sembilan bertambah baik dan mungkin kekal begitu sahaja andai tiada sebarang perubahan.

Jelas K. Devan selaku pengendali utama Negeri Sembilan, beliau memaklumkan perbincangan bersama pihak pengurusan sudah pun dibuat dan ianya tertakluk kepada kantung kewangan pasukan berkenaan.

“Hasil perbincangan dengan pihak pengurusan kelab, kita akan bermain dengan pasukan sedia ada tapi jika kewangan persatuan bertambah baik pasukan bakal mencari tambahan pemain import pada jendela perpindahan kedua, Julai nanti.

“Kita berharap ia dapat direalisasikan kerana pasukan memerlukan tambahan pemain import berkualiti terutama di bahagian serangan,” katanya menerusi Harian Metro.

Pengendali berkenaan juga menegaskan beliau tidak mereka sebarang alasan untuk melindungi kelemahan kelab, kerana secara realitinya pasukan itu tidak mempunyai barisan penggempur berkualiti untuk mendapatkan jaringan.

“Setakat ini kita hanya menyandarkan harapan kepada Casagrande sebagai penyerang utama, namun beliau seorang diri tidak mencukupi untuk melaksanakan tugas dengan berkesan dan masalah akan timbul apabila dia tidak dapat diturunkan.

“Saya tidak mahu cari alasan tapi ini hakikat. Kita perlukan pemain yang boleh jaringkan gol untuk menang.

“Pemain lain (tempatan) memang berusaha keras seperti ditunjukkan dalam setiap perlawanan tapi dengan semangat sahaja tak cukup, mesti ada pemain berkualiti di bahagian serangan,” katanya lagi.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN