Negeri Sembilan pastinya menjadi antara pasukan yang mahu kembali mencipta kebangkitan selepas tampil agak suram sebelum ini, termasuk dengan kekalahan tidak disangka kepada Sri Pahang.
Tidak seperti musim lalu, tahun ini Negeri Sembilan tampil serba tempang menerusi persiapan yang tidak begitu rapi dalam kalangan pemain berbanding pasukan lain dalam aksi Liga Malaysia (Liga M).
Persiapan pasukan menjelang aksi menentang Penang FC di Paroi, Isnin ini.
Tiket perlawanan telah mula dijual secara atas talian di https://t.co/4CxewXVP5o. pic.twitter.com/qrQkB1uTST
— Negeri Sembilan Football Club (@nsfc1923) June 24, 2023
Musim ini Negeri Sembilan gagal mengulangi rentak kejayaan seperti musim lalu selepas beberapa kekalahan dialami pasukan tersebut menyaksikan kini mereka berada di kedudukan kesembilan carta Liga Super.
Malah, pasukan tersebut juga diaibkan oleh Sri Pahang pada aksi terbaharu menerusi kekalahan 3-4 walaupun mereka berjaya mendahului sebelum itu dengan menyakinkan.
Selain itu, Negeri Sembilan juga gagal untuk menoktahkan tiga mata kepada dua pasukan Liga Premier iaitu Kelantan United serta Kuching City selepas sekadar terikat seri.
Untuk aksi seterusnya berdepan Penang, pasukan tersebut memasang tekad untuk kembali mencipta kebangkitan serta melupakan terus dengan kekecewaan perlawanan sebelum itu.
Negeri Sembilan bakal membuat perhitungan bersama kelab dari Utara itu di Stadium Tuanku Abdul Rahman (STAR), Paroi dalam misi untuk kembali mendapatkan kemenangan.
Kenyataan ini dikeluarkan sendiri menerusi Nasrullah Hanif Johan yang juga merupakan penolong ketua pasukan tersebut dengan menegaskan Negeri Sembilan kini memberi fokus penuh untuk aksi seterusnya berdepan Penang.
Tamat perlawanan. 3 mata gagal dibawa pulang ke Paroi.#SRPNSE#NSFC#HobinJangHobin pic.twitter.com/Ozlo3Ws3W0
— Negeri Sembilan Football Club (@nsfc1923) June 9, 2023
“Kekalahan kepada Sri Pahang sudah dilupakan dan kami jadikan segala kesilapan yang terjadi itu sebagai pengajaran agar ia tidak berulang pada perlawanan akan datang.
“Kami sedar perlu sentiasa bersikap positif kerana saingan liga masih panjang dan semua pemain perlu terus bekerja keras bagi mempertahankan maruah pasukan.
“Oleh itu, kami perlu menggunakan peluang sebaik mungkin perlawanan dengan Penang ini nanti untuk mendapatkan kemenangan bagi mengembalikan semula moral dan reputasi pasukan,” katanya menerusi Harian Metro.
Pada masa sama, Nasrullah juga tidak rela mencatat kekalahan di laman sendiri kepada Penang yang bakal menyaksikan mereka terus gagal memperbaiki kedudukan semasa dalam carta Liga Super.
Tambah pemain itu lagi, jika Negeri Sembilan terus mencatat kekalahan ianya akan memberi kesan buat pasukan selain turut membuka ruang buat Penang untuk mengatasi mereka dalam kedudukan semasa liga.