Piala FA: Pengendali Selangor Fokus Perbaiki Kelemahan Sebelum Menentang JDT

Pengendali Selangor iaitu Tan Cheng Hoe pastinya menjadi individu paling sibuk ketika ini untuk mempersiapkan pasukan kendaliannya sebelum menghadapi saingan separuh akhir Piala FA 2023.

Apa tidaknya, The Red Giants bakal menghadapi aksi getir bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) Isnin ini, yang pastinya akan memberi cabaran besar buat Cheng Hoe untuk menyusun atur strategi ampuh.

Malah, beberapa aspek kelemahan juga pastinya diberi tumpuan oleh pasukan tersebut untuk mengelakkan sebarang kesilapan yang mengundang padah buat mereka sepanjang aksi berlangsung.

Musim ini segalanya tampak berjalan lancar buat Cheng Hoe untuk mengendalikan Selangor selepas ada beberapa peningkatan dibuat pasukan tersebut menerusi aspek taktikal serta teknikal.

Untuk aksi pertemuan menentang JDT, Cheng Hoe telah pun menggariskan fokus utama yang ingin diperbaiki kini buat Selangor iaitu transisi dalam permainan dan masih dianggap lemah.

Terang pengendali tersebut, ianya merupakan sesuatu yang perlu diatasi segera kerana perkara tersebut sering merugikan mereka sehingga lawan sering mendapatkan gol.

“Masih ada beberapa perkara kita perlu perbaiki terutamanya ‘transition’ kerana apabila kita hilang bola, kita dibolosi gol, itu yang kita perlu perbaiki di pusingan kedua.

“Secara keseluruhannya, komitmen daripada pemain menunjukkan sikap disiplin yang tinggi dan kefahaman taktikal yang sangat baik. Keserasian serta keharmonian dalam pasukan cukup baik terutamanya dari segi komunikasi antara mereka,” katanya menerusi Harian Metro.

Aksi kali ini jelas menjadi sesuatu tumpuan sangat besar buat para penyokong bola sepak tempatan terutama sekali peminat setia kedua pasukan tersebut.

Apa tidaknya, aksi membabitkan kedua pasukan ini sejak beberapa tahun sering menjadi tumpuan kerana ianya menjanjikan intensiti sangat tinggi serta sengit sehingga wisel permainan ditamatkan oleh pengadil.

Selangor yang mempunyai reputasi tersendiri dalam saingan Piala FA pastinya mempunyai misi tersendiri untuk terus melayakkan diri ke pusingan akhir di gelanggang lawan.

Manakala JDT pula pastinya berada dalam momentum terbaik dan bersedia untuk menghadapi cabaran Selangor di hadapan ribuan penyokong setia Harimau Selatan.

Pada masa sama, Cheng Hoe turut menegaskan kepada barisan pemain kendaliannya supaya memberi fokus penuh sepanjang aksi tersebut berlangsung.

“Bagi saya, berada di tangga kedua liga pencapaian yang baik untuk pasukan tetapi kedudukan sekarang boleh berubah bila-bila masa.

“Jadi, saya akan pastikan barisan jurulatih bekerja keras memastikan pemain membuat penambahbaikan dari masa ke semasa. Bagaimanapun, kami barisan jurulatih gembira dengan apa yang pasukan peroleh untuk setakat ini.

3 Cara Nak ‘Upgrade’ Pengalaman Layan Liga Malaysia Anda

“Keputusan menunjukkan pasukan mempamerkan persembahan yang konsisten terutamanya dari segi kerjasama yang pemain tunjukkan dalam perlawanan,” katanya lagi.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN