Cemerlang Bersama Harimau Malaya, Kelibat Arif Aiman Bakal Hantui Pertahanan Selangor

Kelibat pemain sayap lincah negara, Arif Aiman Hanapi bakal menjadi tumpuan malam ini dalam saingan separuh akhir Piala FA 2023 selepas beliau tampil konsisten sebelum itu bersama Harimau Malaya.

Aksi separuh akhir Piala FA 2023 terus bersambung malam ini dengan satu lagi slot untuk ke pusingan akhir masih terbuka dan bakal direbut oleh dua gergasi bola sepak Malaysia iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT) serta Selangor.

Saingan yang bakal berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) malam ini pastinya akan menjadi tumpuan utama para penyokong bola sepak tempatan, selepas kedua pasukan ini mempunyao reputasi tersendiri dalam saingan Piala FA.

JDT yang tampil begitu cemerlang musim ini dalam saingan Liga Super pastinya menjadi salah satu pasukan pilihan utama untuk melangkah ke final serta mengulangi sejarah mereka pada tahun lalu.

Ketika ini, setiap pemain utama mereka berada dalam keadaan terbaik dan pastinya Esteban Solari mempunyai perancangan tersendiri untuk meranapkan impian Selangor ke final.

Antara pemain bakal menjadi tumpuan utama pastinya terarah kepada Arif Aiman yang sebelum ini sangat cemerlang bersama skuad kebangsaan menerusi ketajaman dimiliki beliau.

Arif tidak perlu lagi diperkenalkan kepada ramai, kerana pemain ini antara yang menjadi fenomena dalam saingan Liga M sejak beberapa musim bersama JDT.

Pada usia muda, Arif berjaya mempamerkan aksi cukup matang serta sudah membuktikan kepada ramai mengapa beliau layak digelar pemain paling bernilai selama dua musim berturut-turut.

TERKINI: Arif Aiman Rangkul Gelaran POTM Liga Super Pertama Untuk 2023

Kelincahan bintang muda itu dijangka akan dikekalkan oleh Solari dalam kesebelasan utama untuk mengkucar kacirkan pertahanan Selangor bagi mendapatkan jaringan berharga.

Walaupun begitu, JDT juga perlu berhati-hati dengan kelibat pemain sayap lincah Selangor iaitu Faisal Halim yang juga diakui sangat berbisa serta licik di hadapan gol.

Faisal yang sering dibandingkan bersama Arif dalam kalangan penyokong bola sepak tempatan juga ketika ini menjadi antara pemain sangat konsisten serta aset bernilai buat Harimau Malaya serta Selangor.

Kelincahan serta kreativiti Faisal di hadapan gol musim ini menjadi sesuatu yang sangat penting buat Tan Cheng Hoe untuk mendapatkan gol serta kemenangan buat Selangor dalam aksi Liga Super.

3 Cara Nak ‘Upgrade’ Pengalaman Layan Liga Malaysia Anda

Apapun, ianya bakal menjadi suatu pertemuan sangat epik buat kedua pasukan ini untuk tampil memperagakan aksi berkualiti di atas padang sepanjang 90 minit perlawanan berlangsung.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN