Declan Rice Dinasihatkan Supaya Sertai Man City Yang Miliki Segala Kejayaan

Declan Rice ketika ini menjadi antara pemain yang sangat popular dalam saingan English Premier League (EPL) kerana menjadi rebutan tiga penjuru kelab utama di sana untuk ditandatangani.

Rice yang mempamerkan aksi cemerlang bersama West Ham United musim lalu bakal meninggalkan kelab tersebut dengan kini menjadi sasaran beberapa pasukan elit.

West Ham Sedia Lepaskan Declan Rice Kepada Arsenal Dengan Bersyarat

Walaupun begitu, tanda harga yang diletakkan oleh West Ham kepada Rice dengan bernilai sebanyak £100 juta dianggap mahal dan beberapa rundingan telah dibuat oleh setiap kelab berminat untuk mendapatkannya.

Arsenal yang sebelum itu menunjukkan minat tinggi untuk mendapatkan Rice perlu berhadapan dengan dua lagi kelab lain iaitu Manchester United serta Manchester City dalam misi untuk mendapatkan khidmat bintang England tersebut.

Sebelum itu, dua tawaran diletakkan oleh Arsenal yang bernilai lebih kurang £90 juta telah pun ditolak oleh West Ham dan kini mereka perlu memikirkan sesuatu jika terus menginginkan khidmat Rice.

Laporan terbaharu mendakwa Rice dijangka bakal menyertai skuad kendalian Pep Guardiola di Etihad pada musim hadapan menerusi beberapa aspek yang sangat menyakinkan.

Enggan mengalah, The Red Devils turut melancarkan bidaan mereka dengan menawarkan harga untuk mendapatkan Rice sebanyak £40 juta bersama pakej dua pemain kelab tersebut iaitu Anthony Elanga serta Harry Maguire.

Walaupun begitu, bekas penjaga gol England iaitu David James menasihatkan supaya Rice menyertai City sahaja musim hadapan tanpa melihat tawaran diletakkan oleh Arsenal.

“Kenapa dia perlu main untuk Arsenal musim hadapan? Sedangkan City memiliki segala kejayaan seperti Piala FA serta kejuaraan Premier League. Arsenal tidak ada.

“Sebenarnya, saya lagi rela menyaksikan Rice bermain di luar negara, kerana beliau tidak perlu menentang West Ham pada musim hadapan dengan pasukan berbeza dan ianya juga pasti tidak disenangi penyokong The Hammers.

“Declan merupakan pemain yang sangat bagus kini dan City merupakan kelab terbaik di Eropah dan mungkin di dunia jika mereka memenangi Piala Kelab Dunia FIFA beberapa bulan lagi.

“ Jika Declan menjadi sebahagian daripada kelab tersebut kerana beliau memang layak dan saya harapkan yang terbaik buat pemain tersebut,” jelas beliau menerusi Sportbible.

3 Cara Nak ‘Upgrade’ Pengalaman Layan Liga Malaysia Anda

Apapun, ketika ini rundingan masih lagi dibuat dan ianya dijangka bakal dinoktahkan tidak lama lagi mengenai masa depan Rice bersama pasukan baharu pada musim hadapan.

Sumber:
Sports Bible

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN