Nasser Al Khelaifi Terkejut Dengan Kekalahan PSG, Sempat Sindir Mutu Pengadilan

Presiden PSG, Nasser Al Khelaifi agak sedikit tidak berpuas hati dan kecewa dengan mutu pengadilan melibatkan perlawanan Barcelona dan PSG.

Bercakap kepada wartawan selepas perlawanan di antara Barcelona dan PSG beliau sempat mencuit isu penalti kontroversi terutama sekali melibatkan Luis Suarez.

Khelaifi turut berpendapat mereka juga berhak mendapat 2 penalti dalam perlawanan ini.

Perlawanan klasik

Dalam perlawanan yang dianggap paling dramatik serta dianggap klasik itu, Barcelona berjaya menang dengan keputusan 6-1.

Ianya selepas mereka tewas 4-0 di Paris. Lagi pedih untuk PSG, pada satu fasa, mereka seakan-akan membunuh perlawanan untuk kali kedua selepas aggregate mereka dikejar.

Ianya ketika Edinson Cavani menjaringkan gol di tempat lawan. Barcelona perlu menjaringkan 3 gol dalam tempoh 28 minit.

Barcelona berjaya melakukannya. Bermula dengan sepakan percuma cantik Neymar minit ke-88. Kemudian, Neymar menyempurnakan penalti pada masa kecederaan.

Satu lagi gol oleh Sergi Roberto pada masa kecederaan sebelum tamat 5 minit masa kecederaan yang diberi.

Sekaligus, Barcelona menyingkirkan PSG yang sebelum ini sudah dilihat mengakhiri perjalanan Barcelona di Paris lagi.

PSG terkejut!

Ketika wartawan meminta Presiden PSG, Nasser Al Khelaifi memberikan komen beliau tentang perlawanan itu. Beliau berkata:

“Walaupun kami juga sepatutnya mendapat 2 penalti di dalam perlawanan ini, dan jelas sekali tidak ada foul ke atas Suarez.”

“Tetapi saya tidak mahu menjadikannya alasan untuk kalah.”

“Kami bermain teruk sekali pada separuh masa pertama. Selepas menang 4-0 pada perlawanan pertama, sangat sukar menerima hakikat yang kami tewas 6-1 hari ini.”

“Kami memang mensasarkan ke suku akhir selepas kemenangan dalam perlawanan pertama.”

“Tetapi dalam bola sepak ia tidak menjamin apa-apa.”

“Kita sudah cuba yang terbaik namun masih gagal untuk mara, namun kita akan tetap berusaha selepas ini.”

“Melepaskan 3 gol dalam masa 7 minit adalah sangat sukar untuk diterima. Saya masih belum bercakap dengan para pemain lagi kerana ini bukan masa yang sesuai.”

“Semua orang sedang terganggu, itu normal dan kami akan cuba kembali menenangkan diri kami.”

Baca juga: Statistik, 6 Pakar Gelecekan Terbaik Di Eropah Setakat Ini

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN