Wenger Yakin Menangi Hati Penyokong Arsenal Seperti Enrique Di Barcelona

Arsene Wenger masih tidak berputus asa untuk berkhidmat di Arsenal dan berkata beliau yakin akan memenangi semula hati penyokong Arsenal.

Wenger mengibaratkan Enrique, daripada si bodoh menjadi hero di Camp Nou dalam beberapa minggu ini.

Sebelum ini Enrique dikecam kerana kekalahan 4-0 di Paris. Selepas itu Enrique mengumumkan akan berundur dari Barcelona.

Beliau kemudian berjaya memberikan magis dalam beberapa perlawanan selepas itu.

Barcelona menang dengan jaringan ‘ping-pong’ dalam beberapa perlawanan terakhir mereka termasuk kemenangan 6-1 ke atas PSG di Camp Nou.

Kini Enrique diberikan lebih banyak kredit daripada penyokong berbanding 3 musim beliau di sana.

Sebelum ini, kemenangan Barcelona lebih signifikan dengan kredit ke atas orang lain selain Enrique.

Hal ini yang cuba dilakukan Wenger di Arsenal dalam beberapa minggu ini. Beliau berkata:

“Ia seperti 2 minggu lalu, Enrique seorang yang bodoh di mata semua orang dan semua orang mahukan dia berambus.”

“Enrique berkata, Ok saya akan pergi. Hari ini dia adalah hero.”

Wenger kagum dengan kebangkitan Barcelona dalam perlawanan menentang PSG. Beliau menambah:

“Ketika itu, saya tidak sabar-sabar nak tahu bagaimana mereka akan mengakhiri perlawanan itu. Pada satu ketika mereka seperti hampir berputus asa.”

“Saya lebih memerhatikan pemain dari sudut taktikal. Apa yang sedang berlegar di dalam kepala pemain?”

“Akhirnya perlawanan ‘panjang’ itu berakhir dan saya berkata, bagaimana semua ini boleh berlaku?”

“Anda boleh lihat pemain-pemain PSG yang penuh pengalaman seperti beku dalam perlawanan itu.”

Wenger kekal bersemangat

Wenger diberikan tekanan yang hebat ketika ini. Gerakan Wenger Out semakin kuat.

Namun Wenger tetap tenang dan yakin kebangkitan Arsenal di atas padang akan mengembalikan semula kepercayaan penyokong ke atas beliau.

“Saya rasa baik-baik sahaja, sangat kuat, bermotivasi dan bersedia untuk memberikan yang terbaik.”

Ditanya tentang hubungan beliau dengan pemilik besar saham kelab, Wenger menjelaskan pemilik kelab Stan Kroenke baik seperti biasa.

Wenger juga menyatakan dia ada projek istimewa. Wenger sedang membangunkan satu formula rahsia yang melibatkan matematik dan pengurusan bola sepak.

Namun Wenger enggan berkongsi dengan sesiapa tentang hal itu. Sambil berseloroh Wenger berkata kepada wartawan:

“Nanti bila dah siap saya akan berikan pada anda, anda pasti akan menyukainya.”

Seterusnya

Arsenal akan berhadapan dengan Leicester City dalam perlawanan EPL. Arsenal dalam misi untuk kembali ke 4 teratas di dalam liga.

Baca juga: Nasser Al Khelaifi Terkejut Dengan Kekalahan PSG, Sempat Sindir Mutu Pengadilan

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN