Nasib Malang Pemain Kelantan Bakal Dibela PFAM

Isu bola sepak Kelantan kini dilihat kian membarah dengan pelbagai cerita tidak enak sering didengari setiap hari melibatkan hal dalaman membabitkan pengurusan bersama para pemain.

Tidak hanya terkesan dengan cerita negatif di luar padang, prestasi semasa mereka di atas padang juga sangat teruk dan sesuatu menyedihkan untuk dilihat para penyokong setia The Red Warriors.

Terbaharu, Kelantan terpalit pula dengan isu pembayaran gaji kepada pemain yang kini semakin sensasi selepas ramai membuat pendedahan menerusi media sosial dan mendapat pelbagai reaksi daripada penyokong.

Ketika ini, isu tersebut telah pun dilaporkan kepada Persatuan Pemain-Pemain Bola Sepak Profesional (PFAM) dan tindakan segera akan dibuat untuk menangani perkara berkenaan sebelum menjadi lebih teruk.

Syafiq Jebat selaku Eksekutif Undang-Undang   PFAM menyatakan akan mengambil tindakan segera setelah perbincangan dibuat bersama dua pemain Kelantan iaitu Farhan Abu Bakar bersama Afzan Akbar.

Jelas Syafiq, isu utama yang memberi beban kepada pemain ketika ini melibatkan kontrak mereka bersama pasukan yang mungkin telah dilanggar dan memberi masalah.

Tambah beliau lagi, PFAM mempunyai prosedur untuk menguruskan perkara ini mengikut undang-undang sepatutnya supaya pembelaan dapat dibuat.

“Secara umum masalah ini timbul sebab isu kontrak, benda-benda ini saya tidak katakan rumit tetapi ada masalah yang boleh dikatakan ada pelanggaran dalam kontrak.

“Isu kontrak kita ada prosedur yang boleh kita ambil untuk langkah seterusnya. Kita boleh buat sedemikian (bertemu atau menghantar surat kepada Kelantan FC) cuma kita terima laporan, kita proses apa sepatutnya.

“Tidak ada masalah untuk bincang cuma paling penting sekarang kita jaga pemain. Kita mahu dapatkan penyelesaian terbaik untuk pemain,” katanya menerusi Harian Metro.

Sehingga kini, pemain Kelantan berada dalam tekanan dan sukar untuk memberi fokus sepenuhnya di atas padang kerana isu pembayaran gaji menghantui diri mereka untuk menguruskan kehidupan peribadi.

Pada masa sama, Syafiq turut menyatakan tindakan seterusnya yang bakal dibuat bakal membabitkan pemegang taruh seperti Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Liga Bolasepak Malaysia (MFL), serta kelab itu sendiri.

“Kita cuba dulu macam mana dan akan bincang dengan pemegang taruh. Kita akan selesaikan dengan cara terbaik, mungkin perlukan masa namun kita cuba secepat mungkin.

“Kita perlu habiskan dulu apa-apa dalam lunas bola sepak, selepas itu baharu kita ke tempat lain kalau tidak dapat selesaikan.

“Tujuan PFAM sendiri untuk lindung pemain dari masalah seperti ini, kita mahu liga kita maju ke depan, jadi bertindak secara profesional adalah kewajiban.

“Kalau kita nak sama-sama maju, kita kena sama-sama cermin diri kita apa yang boleh baiki terutamanya untuk bertindak secara profesional,” katanya.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN