Kelantan Sebenarnya Bukan Taraf Liga Super Atau Pemain Mogok Kerana Gaji Ditahan?

Kelantan Kemenangan sulung Liga Super 2023

Hampir dua bulan pasukan kelantan serta penyokong mereka tidak rasa nikmat peroleh mata dan dalam tempoh itu juga pasukan ini antara pasukan yang berbesar hati sering ‘sedekah’ tiga mata dengan mudah kepada lawan mereka.

12 perlawanan setakat ini, hanya mampu catat satu kemenangan dan satu keputusan seri. Kali terakhir peroleh mata adalah ketika bertemu Kuala Lumpur City pada 17 Mac yang lalu dengan keputusan 2-2.

Perak yang dikritik teruk ekoran pemilihan pemain pun mampu peroleh sembilan mata.

Yang pasti saat ini pemain antara individu paling berduka kerana masih gagal mencapai kemenangan bermakna mereka masih gagal peroleh gaji penuh.

Atau apakah ini satu bantahan dari pasukan kepada pemilik kelab?

Melihat prestasi hambar The Red Warriors (TRW) setakat ini seakan-akan memberi gambaran pasukan tersebut seperti belum capai tahap piawaan yang cukup untuk berada di Liga Super. Mujur jiran dari negeri sama berbesar hati untuk berada di kelompok bawah bersam-sama.

Di mana silap Kelantan? Jurulatih dari Korea Selatan, Choi Moon-sik yang dibawa masuk sebelum ini dikatakan tidak memberi kerjasama yang baik lalu diberikan notis permecatan dan digantikan dengan seorang lagi jurulatih berpengalaman di Liga Malaysia (Liga M) iaitu Frank Bernhardt dengan harapan mampu mengubah nasib pasukan ini.

Nampaknya kepakaran yang ada pada bekas jurulatih muda kebangsaan ini juga seperti tidak memberikan hasil positif setakat hari ini dan apakah pemilik kelab, Norizam Tukiman (Zamsaham) akan mengotakan janji untuk memecat jurulatih ini jika terus alami kekalahan demi kekalahan?

Tiba masanya Zamsaham melakukan rombakan besar-besarkan kepada pasukan ini jika berhasrat ingin melihat Kelantan kembali memberi saingan kepada lawan mereka di pusingan kedua nanti.

Perlukan sedikit pelaburan yang besar namun jika tiada hasrat maka jangan mengharapkan pemain serta pihak pengurusan boleh berikan sesuatu yang lebih baik.

Leave a Reply