Faisal Halim Wajar Ke Korea Selatan Jika Ada Tawaran Datang

Fasial Halim

Jika benar Faisal Halim menerima pinangan daripada K-League di Korea Selatan maka sebaiknya beliau mengambil peluang terbaik ini untuk menimba pengalaman lebih baik dari bermain di Liga Malaysia (Liga M) yang belum pasti dapat memenangi piala bersama pasukannya sekarang.

Ketika ini prestasi pemain tersebut berada di tahap terbaik dan inilah masa untuk Faisal mengukuhkan lagi nama serta meningkatkan gaya permainannya.

Semua tahu saingan di sana begitu kompetitif berbanding di Liga M dan secara tidak langsung ia dapat membantu Fasial untuk melangkah lebih jauh.

Biarpun tubuh badan agak kecil namun kemahiran mengawal bola dan keberanian untuk berhadapan dengan lawan menjadi kekuatan serta kelebihan pemain ini selain ketajaman di hadapan gol yang sememangnya tidak boleh dinafikan lagi.

Memandangkan Piala Asia akan berlangsung pada awal tahun hadapan dan Malaysia juga berada dalam satu kumpulan bersama Korea Selatan, sudah pasti Faisal mampu membantu sedikit sebanyak pasukan Malaysia dari segi input taktikal serta gaya permainan mereka di sana.

Senang kata, ia akan menjadi ‘pengintip’ untuk mendapatkan rahsia yang diperlukan oleh Harimau Malaya.

Bukan itu sahaja, pemain kelahiran Pulau Pinang ini juga akan menjadi pemain pertama dari Malaysia akan beraksi di liga utama negara tersebut kerana sebelum ini, R. Kogileswaran juga berkelana di Korea Selatan namun bermain di divisyen kedua.

Oleh yang demikian, Faisal bukan sahaja bakal mencipta nama beliau malah ia mungkin menjadi permulaan bagi kelab di K-League memantau lebih ramai pemain berbakat yang ada di Malaysia untuk dibawa bermain di sana.

Jika perkara ini terjadi, industri dan nilai Liga M itu sendiri akan meningkat ke tahap lebih tinggi.

Namun disebalik cerita kegembiraan ini, kita haruslah realisitik kerana sehingga kini belum ada kesahihan daripada pihak di sebelah sana berkenaan tawaran rasmi kepada pemain Selangor ini.

Takut nanti ia akan menjadi sebuah cerita dongeng lalu dilupai begitu sahaja atau ia sekadar pemasaran untuk menarik peminat di Liga M menyokong pasukan tersebut seperti mana terjadi kepada pemain kita sebelum ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN