Perak Sah Lepaskan Lim Teong Kim

Pasukan Liga Super, Perak kini telah melepaskan Datuk Lim Teong Kim daripada kelab itu dan bekas pemain kebangsaan tersebut tidak lagi mengemudi The Bos Gaurus.

Keputusan ini diambil oleh Perak rentetan kekalahan memalukan kepada pencabar liga iaitu Sabah dalam aksi Liga Super baru-baru ini.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan sendiri oleh Perak,  mereka telah melepaskan Teong Kim secara serta-merta dengan pengganti sementara sudah pun diumumkan.

Seorang lagi bekas pemain kebangsaan, Yusri Che Lah telah dinamakan oleh Perak sebagai pengganti mereka berkuatkuasa segera.

“Perak FC mengumumkan Datuk Lim Teong Kim tidak lagi bersama pasukan Liga Super berkuatkuasa serta-merta.

“Yusri Che Lah akan mengambil alih tugas sebagai ketua jurulatih sementara untuk masa terdekat.

”Kami mengucapkan terima kasih kepada Datuk Lim di atas sumbangannya dan mendoakan yang terbaik untuk karier beliau di masa hadapan,” kata Perak di Facebook mereka.

Teong Kim menjadi mangsa kedua sesi pemecatan jurulatih Liga Malaysia selepas sebelum ini Choi Moon-sik dilepaskan oleh Kelantan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN