3 Faktor Wajib Ada Di Setiap Kelab Jika Berhasrat Bersaing Dengan JDT

Bergson JDT Sri Pahang Liga Super 2022

Sembilan musim berturut-turut menyaksikan Johor Darul Ta’zim (JDT) mendominasi Liga Super dengan begitu mudah tanpa perlu menunggu sehingga penghujung musim.

Sampai bila nama JDT akan tertulis sebagai juara liga dan apakah pasukan lain tidak berminat dengan gelaran tersebut?

Musim ini nampaknya sekali lagi kita sudah tahu JDT akan menjuarai liga kerana 11 kemenangan tanpa tercicir sebarang mata dan dengan prestasi seperti ini nampaknya memang sukar pasukan lain mencabar kejuaraan.

Disebabkan itu, di sini kita boleh gariskan tiga aspek yang boleh dilakukan oleh pasukan Liga Malaysia (Liga M) bagi memastikan pasukan mereka sentiasa berada di tahap terbaik dan menjadi pencabar utama kepada Harimau Selatan.

Pembangunan

Ini merupakan perkara asas dalam bola sepak kerana tanpa ada pembangunan yang baik maka kelab itu sendiri akan menghadapi masalah melahirkan pemain terbaik.

Inilah yang dilakukan oleh JDT dengan mewujudkan sistem pembangunan yang lebih efisien agar mereka boleh melahirkan pemain yang berkualiti untuk disalurkan dari pasukan bawah umur sehingga pasukan utama.

Tidak dinafikan pasukan lain juga ada pembangunan namun persoalannya sejauh mana keberkesanan program mereka itu atau ia hanya sekadar syok sendiri?

Jika ada segelintir pihak menyatakan pemain terbaik mereka sering ‘dicuri’ oleh sesebuah pasukan, maka di sini sebenarnya menampakkan kelemahan kelab mereka sendiri. Kenapa?

Lihat pasukan Eropah seperti Ajax Amsterdam bagaimana melahirkan pemain berbakat lalu menjadi mereka sebagai aset pelaburan kepada kelab semula.

Kenapa perkara ini tidak ditiru oleh kita di Malaysia? Buat video memperkenalkan pemain atau jersi boleh pula ambil idea mereka.

Fasiliti dan Prasarana

Perkara paling asas yakni padang bola sepak itu sendiri kerana sehingga kini masih lagi menjadi perbualan hangat dalam kalangan kelab dan penyokong. Jika tiada padang khusus untuk pasukan, bagaimana mereka ingin bersaing dan berikan aksi terbaik dalam setiap perlawanan.

Padang latihan serta gelanggang perlawanan haruslah berbeza dan tidak boleh digunakan dalam semua perkara. Ada satu pasukan di Lembah Klang sering menggunakan stadium sebagai tempat latihan maka tidak hairan kepada keadaan padang begitu teruk ketika hari perlawanan.

Begitu juga dengan gimnasium, penyediaan nutrisi makanan kepada pemain dan bonus jika ada stadium sendiri. Semua ini adalah elemen amat penting kepada pemain di dalam pasukan itu sendiri.

Nampak mudah namun cuba lihat semula berapa pasukan yang berjaya menyediakan kelengkapan ini kepada pasukan.

Jika terdapat kekurangan ini maka sebagai pemilik kelab atau presiden kelab haruslah realistik dalam meletakkan sasaran kepada pemain. Contohnya inginkan kemenenagan demi kemenangan agar pemain mendapat bonus seperti ‘duit’ namun keadaan kelab itu sendiri naif.

Oleh yang demikian, mereka ini harus berusaha sekurang-kurang memberikan yang terbaik kepada pasukan bukan dengan memberi alasan kekurang itu dan ini.

Pemilik Kelab

Suka atau tidak, ketika ini Tunku Mahktota Johor (TMJ) antara pemilik kelab di Malaysia yang mempunyai misi dan visi begitu jelas dan disebabkan itu juga ia telah menaikan lagi nilai Liga M itu sendiri.

Lantikan orang politik dengan sesebuah organisasi sukan sukar untuk dipisahkan. Jika orang politik itu meninggalkan kelab, maka isu pembayaran gaji pasti akan timbul. Ini yang terjadi di industri bola sepak Malaysia.

Di Liga M, hanya JDT , Kelantan dan Kedah Darul Aman yang dibimbing secara mutlak oleh seorang individu.

Di Selatan sentiasa menyediakan kelab ke tahap terbaik, di Utara pula dalam fasa pembentukan pasukan manakala di Pantai Timur ini seperti lebih berminat ke bidang perniagaan.

Pemilihan individu untuk berada di dalam kelab sangat penting kerana mereka ini akan menentukan kemana hala tuju pasukan.

Kalau bukan JDT, siapa lagi?

Ramai peminat sering melontarkan pertanyaan kenapa harus dibandingkan dengan JDT. Kalau bukan dengan JDT dengan kelab mana lagi harus kita melakukan pembandingan ini?

Jangan kita melihat perbezaan itu sebagai permulaan untuk memulakakan kebenciaan sebaliknya lihatlah dari sudut positif demi kebaikan kepada pasukan itu sendiri.

Pujian kepada Terengganu yang cuma mendapatkan kepakaran Harimau Selatan dan mereka aplikasikan di kelab mereka seperti keadaan padang dan stadium.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN