Napoli kini 4 mata di atas pasukan di tangga kedua Juventus selepas berjaya menewaskan pasukan yang sedang bergelut dengan prestasi AC Milan.
Lorenzo Insigne yang tidak terlibat dalam perlawanan di San Siro untuk play-off Piala Dunia, meneruskan kecmerlangan beliau pada musim ini.
Insigne membuta tirai jaringan pada minit ke-33 selepas menerima hantaran daripad Jorginho. Gol tersebut awalnya telah dibatalkan kerana ofsaid.
Namun pengadil kemudian merujuk kepada VAR. Dan gol diberikan kepada Napoli untuk mendahului Milan 2-0. Ini adalah jaringan ke-7 Insigne dalam semua pertandingan musim ini.
Seterusnya, bersambung babak kedua, Piotr Zielinski menambah 1 lagi gol untuk Napoli. Montella jelas dalam tekanan untuk mengejar Napoli.
Pada minit ke-90+2 (masa kecederaan), pemain pertahanan AC Milan, Alessio Romagnoli merapatkan jurang gol. Namun Napoli berjaya menamatkan perlawanan ini dengan kemenangan 2-1.
AC Milan kini menghuni tannga ke-7 selepas kekalahan ke-6 mereka daripada 13 perlawanan liga setakat ini. AC Milan berbelanja £210 juta pada pra-musim yang lalu.
Mereka awalnya dijangka akan menjadi pencabar sebenar kejuaraan Serie A, nampak gayanya kini lebih kepada fokus untuk mendapat tempat dalam kejohanan Eropah.
Lazio kekal menjadi pasukan yang masih belum kalah di Serie A setakat ini.
Satu lagi perlawanan yang berlangsung awal pagi tadi adalah di antara AS Roma dan Lazio. AS Roma menewaskan seteru sebandar mereka iku dengan kemenangan 2-1. Roma dibezakan 1 mata daripada Juventus yang berada di tangga ke-2.