Phil Neville & Alan Shearer Tak Sependapat Mengenai Peluang Rekod Tanpa Kalah Manchester City

Bekas pemain pertahanan Manchester United dan Everton, Phil Neville melihat prestasi semasa yang ditampilkan pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini, Manchester City mampu untuk membawa kelab itu menamatkan saingan EPL dengan sebarang kekalahan.

City yang berjaya menundukkan Leicester City dengan keputusan 2-0 dibantu dengan jaringan yang dihasilkan oleh Gabriel Jesus dan Kevin De Bruyne untuk terus meletakkan skuad Pep Guardiola itu kekal ditangga pertama.

Kejayaan di Stadium King Power itu juga merupakan kemenangan ke-11 buat City selepas 12 perlawanan yang dilalui dalam saingan EPL setakat ini.

Dengan apa yang dikecapi oleh kelab tersebut, Neville mengakui mereka berada di landasan terbaik untuk menamatkan saingan EPL dengan tanpa sebarang kekalahan.

”Saya rasa mereka (Manchester City) mampu untuk mencatatkan rekod bersih tanpa sebarang kekalahan musim ini. Mereka mempunyai pasukan yang cukup bagus dan saya tidak nampak pada ketika ini ada pasukan yang boleh mencuri mata daripada mereka.”

Manchester City

Newcastle United’s Alan Shearer (right) takes on Manchester United’s Phil Neville (left) (Photo by Neal Simpson/EMPICS via Getty Images)

Namun kenyataan tersebut disanggah oleh bekas penyerang England, Blackburn Rovers dan Newcastle United iaitu Alan Shearer yang beranggapan City akan mengalami kesukaran selepas ini.

Shearer mengatakan prestasi baik Pep Guardiola dan anak buahnya akan terjejas apabila kelab tersebut akan mula melakukan penggiliran dalam membariskan skuad utama bagi menghadapi beberapa kejohanan lain seperti Liga Juara-Juara Eropah.

Shearer menambah: ”Saya rasa perkara ini akan menjadi keperluan yang besar apabila anda semakin menghampiri fasa seterusnya dalam liga serta dengan Liga Juara-Juara Eropah dan peringkat seterusnya yang akan dihadapi.”

Manchester City kini gah di tangga pertama liga tanpa sebarang kekalahan apabila mencatatkan 11 kemenangan dan 1 seri bagi mencatatkan 34 mata untuk meninggalkan Manchester United dan Chelsea di tempat kedua dan ketiga.

 

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN