Rio Ferdinand Dedahkan Hubungan Sir Alex Ferguson Dengan Para Pemain Man United

Sir Alex Ferguson boleh dikatakan sebagai antara pengurus yang paling berjaya dalam bola sepak.

Hasil legasi yang ditinggalkan beliau di Manchester United cukup sukar untuk dilakar semula oleh mana-mana pengurus menggantikan beliau.

David Moyes dan Louis Van Gaal telah mencuba tetapi gagal, kini Jose Mourinho pula cuba melakukannya.

Ferguson berkhidmat di Manchester United selama hampir 30 tahun, sudah pasti ada pelbagai cerita menarik yang telah berlaku sepanjang tempoh beliau berkhidmat.

Manchester United manager Sir Alex Ferguson lifts the Barclays Premier League trophy (Photo by Nick Potts – PA Images/PA Images via Getty Images)

Bekas pertahanan Manchester United, Rio Ferdinand ada mendedahkan mengenai bagaimana hubungan pengurus tersebut dengan anak-anak buahnya.

Dalam rancangan bual bicara The Clare Balding Show terbitan BT Sport, Ferdinand menceritakan bagaimana Ferguson melayan rakan sepasukannya seperti Gary Neville dan juga Cristiano Ronaldo.

Anak emas

Menurut Ferdinand, terdapat 2 pemain yang dianggap seperti anak emas oleh Ferguson semasa beliau berkhidmat.

Pemain tersebut ialah Darren Flechter dan juga Gary Neville.

“Ferguson melayan Flechter seperti anak beliau sendiri. Beliau akan keluar bersama-sama Flecther untuk pergi sarapan pada setiap Ahad. Manakala Neville pula ibarat anak murid kesayangan beliau.”

Ferdinand juga bercerita mengenai bagaimana Ferguson tidak pernah marahkan Paul Scholes walaupun ketika pemain itu melakukan kesilapan.

“Scholes merupakan pemain yang tak pernah kena marah dengan Ferguson.”

“Pernah sekali Scholes mendapat kad merah dan dibuang padang, selepas perlawanan Ferguson berkata kepada Scholes ‘permainan yang bagus!'”

Sementara bagi Ryan Giggs pula, Ferguson menganggap bekas pemain Wales itu sebagai pemain yang mempunyai begitu banyak pengalaman dan menjadi pemain contoh buat semua pemain di Manchester United.

Sementara bagi Cristiano Ronaldo pula, Ferdinand mempunyai kisah lucu mengenai pemain tersebut ketika aksi menentang Benfica.

“Dalam perlawanan menentang Benfica, Ronaldo pernah dimarah teruk oleh Ferguson kerana terlalu mencuba untuk menggelecek semua pemain Benfica.”

“Ferguson berkata yang bola sepak ini permainan pasukan dan bukannya persembahan individu.”

“Kami cuma nampak Ronaldo tunduk layu saja, apa yang kami boleh lakukakan hanyalah gelak sahaja kepadanya.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN