Napoli Tolak Bidaan £80 Juta Daripada Man. United Untuk Koulibaly

Koulibaly

Laporan oleh Football Italia menyatakan bahawa Napoli menolak bidaan oleh Man. United bagi mendapatkan bek tengah mereka Kalidou Koulibaly.

Man. United menghantar bidaan sebanyak €90 juta ataupun sekitar £80 juta untuk pemain tesebut bagi memperkuatkan pasukan mereka.

Nama Koulibaly menjadi sensasi selepas aksi cemerlang beliau bersama Napoli terutama sekali pada era Maurizio Sarri.

Pada musim lalu, Chelsea yang ketika itu dipegang oleh Conte – pernah cuba mendapatkan Koulibaly, namun bidaan Chelsea tetap gagal. Ini kerana Napoli menegaskan pemain itu bukan untuk dijual.

Selepas pertukaran pengurus daripada Sarri kepada Carlo Ancelotti, pengendali baharu Napoli itu tetap berpendirian yang sama iaitu mahu Koulibaly kekal di dalam pasukan mereka.

Manchester United serius dalam memburu bek tengah yang berkualiti. Pada pra musim lalu mereka gagal dalam percubaan mendapatkan beberapa nama besar termasuk Toby Alderweireld, Diego Godin, Jerome Boateng dan Harry Maguire.

Kalidou Koulibaly adalah pemain bek tengah yang moden. Beliau mampu menjadi perancang daripada belakang kerana keupayaan beliau melakukan hantaran. Seterusnya, Koulibaly adalah ‘game reader’ yang baik serta pantas.

Bek berusia 27 tahun itu buat masa ini menyerahkan urusan perpindahan kepada kelabnya kerana beliau tidak terdesak untuk pergi.

Laporan oleh Republica pula memberitahu Presiden Napoli- Aurellio De Laurentis – meminta bayaran sekitar €100 juta ataupun £89 juta untuk pemain bek tengah itu. Adakah Man. United akan sanggup untuk menambah sekitar £10 juta lagi untuk pemain tersebut?

Selain daripada Man. United, Koulibaly juga menjadi perhatian kelab seperti Real Madrid, Barcelona, Manchester City dan Bayern Munich.

Sebagai tambahan, Koulibaly berada dalam senarai 5 finalis untuk Anugerah Pemain Terbaik Afrika 2018.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN