FELDA United Anjur Konsert Untuk Raih Dana, Tampilkan Dato Awie Sebagai Artis Jemputan

Dalam konteks bola sepak moden, pelbagai cara yang perlu dilakukan oleh pasukan untuk memperoleh dana selepas mereka tidak lagi bergantung harap kepada kerajaan negeri.

Bagi pasukan FELDA United, mereka menggunakan cara yang sedikit berbeza untuk memperoleh dana bagi saingan Liga Super 2019 dengan menganjurkan konsert.

Menerusi anak syarikat rasmi FELDA United sendiri iaitu FUFC The Fighters Sendirian Berhad, mereka menganjurkan konsert Dinner Gig 2018.

Apa yang menariknya mengenai konsert ini adalah ianya bakal menampilkan 2 legenda rock negara iaitu Dato Awie dan juga Ella.

Gambar: MHE.tv

Tujuan konsert ini diadakan adalah sebagai salah satu inisiatif pasukan berpengkalan di Jengka, Pahang ini untuk mendapatkan dana sebagai persediaan musim hadapan.

Konsert tersebut bakal diadakan di Hotel Tanera Bangi pada 7 Disember dengan tiket dijual dengan 3 pakej.

3 pakej tersebut adalah kategori perak yang bernilai RM250, emas dengan harga RM350 serta platinum iaitu RM500.

Setiap pengunjung akan menerima sebuah beg yang disertakan dengan cenderahati berupa sehelai baju dan juga cawan khas.

Di konsert itu juga akan diadakan sesi cabutan bertuah dengan pemenang akan menerima hadiah berupa gitar eletrik atau akustik yang disertakan dengan tandatangan dari Dato Awie dan juga Ella.

Pembelian tiket boleh dilakukan secara atas talian dengan anda boleh terus ke pautan Stubapp atau hubungi mereka di talian khidmat pelanggan (013-4076679).

Selain, anda juga boleh hubungi pihak yang dibawah atau terus ke Hotel Tanera Bangi:

  • 014-5146357 (Nidzam)
  • 03-89299600 (Hotel Tanera Bangi)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN