Zac Anderson Berada Dalam Radar Pasukan Perak

Bekas pertahanan pasukan Kedah – Zac Anderson dilaporkan berada dalam radar pasukan Perak untuk memperkuatkan pasukan Juara Piala Malaysia 2018 – bagi kempen musim 2019.

Pengurus pasukan Perak merangkap Pemangku Presiden PAFA, Datuk Muhammad Yadzan Mohammad memberitahu Stadium Astro bahawa nama Zac Anderson antara pemain yang disenaraikan oleh Mehmet Durakovic dalam senarai dikehendaki.

Jika langkah itu direalisasikan, Zac Anderson akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Jad Noureddine.

Namun Datuk Muhammad Yadzan masih belum tahu ‘harga’ yang harus mereka bayar untuk mendapatkan pemain berusia 27 tahun itu. Jika ianya melebihi daripada bajet pasukan – PAFA terpaksa melupakan hasrat itu.

Zac Anderson antara pemain penting dalam skuad Kedah pada satu ketika dahulu. Beliau membantu Kedah menjuarai Piala FA, dan juga naib juara Piala Malaysia pada 2016.

Gambar: Kedah FA

Selepas itu Zac Anderson membuat keputusan untuk meninggalkan Kedah dan menyertai PKNS FC.

Selain daripada berita tentang Zac Anderson, PAFA juga memberikan kemaskini tentang status beberapa pemain Perak yang beraksi di dalam pasukan kebangsaan. Beliau mengesahkan perbincangan sedang dijalankan.

Beliau berkata: “Kami ada berbincang dan pemain menyatakan permintaan mereka. Sebagai pemain kebangsaan, sudah tentulah mereka meminta kenaikan gaji. Itu biasalah.”

Namun buat masa ini segalanya masih belum ada kata putus kerana PAFA akan meneliti banyak perkara. Beberapa siri perbincangan lagi pastinya akan diadakan untuk mencapai kata sepakat.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN