Napoli Akui Tidak Akan Turunkan Harga Kalidou Koulibaly

Kalidou Koulibaly

SS Napoli melaungkan amaran bahawa kelab dalam saingan Serie A itu tidak akan melepaskan pertahanan kental, Kalidou Koulibaly dengan harga yang lebih rendah dan menegaskan nilai pemain tersebut masih kekal seperti sebelum wabak COVID-19 melanda dunia.

Aksi bertenaga dipamerkan ketika mengepalai jentera pertahanan Napoli membuatkan kelab-kelab Liga Perdana Inggeris seperti Manchester United dan Liverpool dilihat berminat untuk mendapatkan khidmat pemain skuad kebangsaan Senegal itu.

Banyak cakap-cakap yang mengatakan nilai pemain akan menurun susulan wabak yang sedang melanda ini tetapi bagi Pengarah Sukan Napoli, Cristiano Giuntoli, beliau mengakui tidak akan membiarkan perkara tersebut berlaku di kelabnya terutamanya melibatkan Koulibaly.

”Dia merupakan seorang pemain bola sepak yang hebat dan kelab mempunyai hak untuk meminta nilai yang kami inginkan,” ujar Giuntoli menurut laporan Goal.

”Mereka mengatakan rundingan akan berubah tetapi pada pandangan saya ini adalah merupakan alibi. Saya tidak merasakan isu coronavirus boleh mengubah harga Koulibaly atau pemain ternama yang lain.”

Embed from Getty Images

”Tentunya, bagaimanapun, kami akan menghargai formula kontrak seperti pinjaman dengan pilihan untuk pembelian tetap, di mana ia membantu untuk menangguhkan jaminan dan meringankan kewangan dengan segera.

”Bola sepak boleh menyesuaikan diri dengan cepat,” tambah Cristiano Giuntoli lagi.

Sebelum beraksi bersama SS Napoli, Koulibaly menyarung jersi skuad utama FC Metz selama dua musim bermula musim 2010/11 dalam saingan Ligue 2 dan Koulibaly memilih untuk berhijrah ke Belgium untuk bersama K.R.C Genk pada musim 2012/13.

Turut beraksi selama dua musim di Belgium, Kalidou Koulibaly mendapat perhatian SS Napoli untuk menjadi tonggak pertahanan buat kelab Serie A itu. 

Kredit featured image: Francesco Pecoraro/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Kalidou Koulibaly:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN