Koulibaly: “Terima Kasih Penyokong AC Milan Kerana Membuatkan San Siro Indah”

Kalidou Koulibaly ada perasaan bercampur baur. Beliau sedih kerana tewas di tangan Milan, namun dalam pada masa yang sama menyatakan penghargaan beliau kepada penyokong AC Milan yang disifatkan beliau sebagai ‘indah’.

Ini selepas beliau diberikan sokongan oleh penyokong AC Milan dalam kunjungan Napoli ke stadium tersebut. Sebelum ini – di stadium yang sama – Koulibaly diserang teruk oleh penyokong Inter Milan dengan sorakan berbentuk perkauman. Beliau sangat kecewa ketika itu.

Namun dalam aksi Napoli menentang AC Milan, Koulibaly menerima sokongan daripada penyokong AC Milan. Itu yang membuatkan beliau merasakan kembali keindahan atmosfera di San Siro – stadium ikonik yang dikongsi oleh Inter Milan dan AC Milan.

AC Milan menang 2-0 dalam perlawanan Copa Italia itu hasil 2 jaringan pemain baharu mereka Piatek. Sekaligus menyingkirkan Napoli di suku akhir.

Selepas tamat perlawanan Koulibaly memberitahu media: “Ianya 2 atmosfera berbeza. Di sini [hari ini] saya bermain bola sepak seperti biasa.”

“Mereka [penyokong-penyokong Milan] memberikan layanan yang sangat baik kepada saya. Saya menghargai dan dapat merasakan sokongan daripada mereka dan ianya membuatkan saya rasa lega sekali.”

Isu perkauman dalam bola sepak Itali sememangnya agak kritikal. Oleh sebab itu pengendali Napoli, Carlo Ancelotti menyatakan, jika ada serangan perkauman lagi kepada para pemain mereka – Napoli akan meninggalkan padang serta-merta walaupun terpaksa kalah secara teknikal.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN