Semalam Tan Sri Annuar Musa telah meminta agar pihak KAFA mengadakan mesyuarat segera selepas Ghaddar mengumumkan pemergian beliau dari skuad Kelantan.
Hasilnya, pihak KAFA telah pun memberikan penjelasan mengenai perpindahan tersebut.
Menurut Naib Presiden KAFA iaitu Nasir Hamzah, pihak KAFA telah pun menerima tawaran dari pihak JDT sebanyak 3 kali tawaran.
“Selepas menerima 3 kali tawaran dari pihak JDT, kami sepakat untuk melepaskan Ghaddar.”
Nasir juga mengaku yang Kelantan akan menerima sejumlah wang yang cukup besar jika nak dibandingkan dengan status Liga Malaysia.
“KAFA akan dibayar sejumlah wang yang agak besar mengikut ukuran Liga Malaysia.”
“Jumlah yang dipersetujui adalah merupakan yang terbaik dalam sejarah pertukaran pemain di Malaysia.”
Walaupun begitu, Nasir menafikan melepaskan Ghaddar kerana wang.
“Kita terpaksa melepaskan Ghaddar bukanlah sangat kerana wang.”
“Betul kami menghadapi masalah keuangan tapi masalah kewangan yg dihadapi KAFA bukan perkara baru.”
“Walaupun bermasalah kami tetap bersaing di Liga Malaysia.”
Sebaliknya menurut Hamzah, keputusan melepaskan Ghaddar adalah selepas pemain itu menunjukkan minat untuk tidak lagi bermain bersama Kelantan di laman sosial.
Dan keputusan melepaskan Ghaddar adalah keputusan yang terbaik untuk semua pihak yang terlibat.