Doktor Yang Rawat Ibrahimovic Nafi Mahu Buat Kajian Terhadap Lutut Pemain Itu

Tempoh hari, agen Zlatan Ibrahimovic iaitu Mino Raiola berkata doktor yang merawat pemain tersebut mahu mendapatkan lutut pemain tersebut untuk dibuat kajian selepas pemain itu bersara.

Katanya, para doktor yang merawat pemain itu berasa kagum dengan kualiti lutut pemain tersebut.

Namun begitu, kini tampil seorang doktor yang merawat pemain itu untuk menafikan segala-galanya.

Doktor Volker Musahl yang merupakan salah seorang doktor yang merawat pemain itu menafikan dakwaan agen tersebut.

“Lutut dan tulang milik Ibrahimovic berada dalam keadaan yang amat baik. Tetapi ia adalah sedikit keterlaluan untuk katakan kami nak buat kajian terhadapnya.”

Walaupun begitu, beliau tidak dapat memberikan jangka masa bilakah pemain tersebut akan sembuh.

“Saya tak pasti bila Ibrahimovic akan sembuh.”

“Tetapi ia menjadi keutamaan kami untuk pastikan para atlet sentiasa sembuh segera dan kembali beraksi.”

“Apa-apa pun saya gembira tengok beliau berpuas hati dengan pembedahan tersebut. Hal ini kerana beliau adalah seorang yang kuat walaupun tercedera ketika ini.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN