Pengurus RB Leipzig, Julian Nagelsmann beranggapan penyerang Bayern Munich, Robert Lewandowski hanya perlu memastikan dirinya cergas untuk terus mempamerkan prestasi cemerlang dalam menghadapi musim 2020/21.
Lewandowski mencuri tumpuan pada musim lalu apabila berjaya meledakkan 55 jaringan dalam semua pertandingan yang disertai Bayern Munich dan turut membantu kelab tersebut melakarkan kejuaraan treble dengan memenangi saingan Liga Juara-Juara Eropah, Bundesliga dan DFB Pokal.
Beliau juga telah disebut-sebut bakal menjadi pemenang Ballon d’Or, namun sayangnya anugerah tersebut telah dibatalkan susulan wabak COVID-19 yang melanda dunia sehingga ke hari ini.
Nagelsmann turut menyanjungi Lewandowski dan mengatakan beliau tidak perlu untuk memfokuskan terhadap sesi latihan kerana penyerang kelahiran Poland itu merupakan seorang pemain yang hebat.
”Dengan segala rasa hormat, Robert Lewandowski tidak perlu untuk berlatih apa-apa pun lagi,” ujar Nagelsmann menurut laporan Goal.
”Dia boleh melakukan segalanya. Dia hanya perlu berlatih untuk memastikan dirinya cergas dan bersedia untuk menghadapi perlawanan untuk minggu tersebut.”
”Selain itu, kami tidak boleh untuk mendapatkan pemain-pemain muda yang kami mahukan. Pada tahap ini, [Borussia] Dortmund dan Bayern berada di hadapan kami.”
”Kerana itulah kami tidak akan dapat mengejar pasukan-pasukan ini jika semuanya berjalan dengan lancar,” tambah Nagelmann lagi.
Musim 2019/20 menyaksikan skuad bimbingan Julian Nagelsmann menamatkan saingan di kedudukan ketiga kempen Bundesliga selepas mengumpul 66 mata hasil 18 kemenangan, 12 keputusan seri dan empat kelalahan yang dialami.
Kredit featured image: David Ramos/Getty Images
Baca artikel lain dari kami mengenai Robert Lewandowski: