Nafuzi Zain Sedar Terengganu Banyak Peluang Tapi Tak Digunakan Sebaiknya

Nafuzi Zain

Meskipun tewas 1-3 kepada Selangor dalam perlawanan pertama separuh akhir Piala Malaysia, jurulatih Terengganu, Nafuzi Zain masih optimis mereka masih mempunyai peluang dan mampu bangkit di Kuala Terengganu nanti.

Biar pun dikritik akibat corak permainan anak-anak buahnya sedikit berlainan namun bagi dirinya, dari segi  taktikal, Terengganu masih bermain seperti biasa dan mencipta banyak peluang cuba beza pasukannya tidak mengambil kelebihan itu untuk menjaringkan gol.

Beberapa peluang terbaik terutamanya menerusi Kpah Sherman yang sepatutnya dalam situasi menghasilkan gol namum dipersiakan begitu sahaja.

Jelas Nafuzi, beliau sebenarnya pun agak terkejut apabila anak-anak buahnya melepaskan tiga gol dalam situasi yang sama.

“Saya sendiri pun agak terkejut selepas beberapa perlawanan kita tidak bolos melalui set-pieces tetapi dalam perlawanan ini kita kena situasi seperti itu,” katanya.

Dalam masa beberapa hari yang ada, pengendali muda ini akan memberi fokus kepada set-pieces kerana beliau melihat para pemain agak risau setiap kali Selangor dapat sepakan penjuru.

Jesteru untuk perlawanan kedua nanti, beliau harus memastikan perkara seperti ini tidak berulang lagi.

Nafuzi turut menambah anak didiknya mengendurkan sedikit rentak permainan sebaik memperoleh jaringan pertama sehingga memberi ruang kepada Selangor untuk merencanakan strategi dan bangkit memenangi perlawanan tersebut.

Biar pun ketinggalan dua gol, tetapi Nafuzi tetap yakin anak buahnya akan melakukan yang terbaik untuk ke pentas akhir Piala Malaysia kerana bermain di stadium keramat mereka.

Tambahan pula, format gol di tempat lawan sudah tiada dan ini memberi kelebihan kepada pasukan yang tewas di perlawanan pertama untuk bangkit di perlawanan kedua nanti.

Beberapa hari sebelum perlawanan, pasukan Terengganu dilanda kontroversi melibatkan pengendali mereka namun Nafuzi menegaskan isu tersebut tidak memberi apa-apa kesan kepada para pemain sebalik pasukan berada dalam keadaan harmoni sahaja.

Pengendali Selangor, Tan Cheng Hoe juga dilihat semakin baik semenjak mengambil alih pasukan ini dan belum pernah tewas kepada mana-mana pasukan setakat ini.

Sembilan perlawanan tanpa adalah satu permulaan yang sangat baik dan berpeluang untuk menutup tirai tahun ini dengan satu piala.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN