Nafuzi Zain Rangka Strategi Baharu Untuk Berhadapan Selangor

Pengendali Kedah Darul Aman (Kedah), Nafuzi Zain pastinya menjadi antara individu paling sibuk ketika ini dalam mengatur strategi paling ampuh untuk pertemuan seterusnya bertemu Selangor.

Beraksi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), pastinya ia menjadi tugas getir buat Kedah untuk memastikan mereka terus melakar kemenangan musim ini dalam saingan Liga Super.

Pada aksi terdahulu, Nafuzi menjadi antara individu yang mendapat pujian daripada kelompok penyokong Sang Kenari kerana taktikal diterapkan beliau menyaksikan Kedah melakar kemenangan besar 5-0 mengatasi Kelantan.

Tampil dengan corak permainan lebih memberansangkan, pastinya percaturan Nafuzi sekali lagi akan diuji pada aksi seterusnya berdepan Selangor yang dibarisi para pemain berkualiti.

Walaupun begitu, pengendali berusia 44 tahun ini dilaporkan bersedia untuk menghadapi The Red Giants bersama beberapa perubahan strategi baharu untuk menyeimbangkan kekuatan lawan.

Menurut Nafuzi, ketika ini beliau mahu para pemain meneruskan momentum positif dalam mencari kemenangan, walaupun sedar akan cabaran berliku bakal dihadapi mereka untuk aksi ini.

“Saya perlu satu lagi perancangan yang baharu untuk dilakukan apabila berdepan Selangor FC pada aksi di tempat lawan ini kerana bagi saya ini satu perlawanan yang dijangka mencabar buat kami dalam usaha untuk mengekalkan kedudukan pada kelompok pasukan teratas liga pada ketika ini.

“Aksi menentang Selangor kali ini satu keadaan yang berbeza daripada dua perlawanan lalu dan saya perlu memikirkan satu strategi baharu kali ini bagi memastikan kami dapat memberi saingan terhadap pihak lawan yang memiliki ramai pemain hebat.

“Dengan latihan dan persediaan yang sedang kita jalani ini, saya berharap kami bersedia menghadapi kekuatan pihak lawan memandangkan kelebihan yang ada pada mereka yang beraksi di laman sendiri dan mampu memberi saingan sengit,” katanya menerusi Harian Metro.

Pada masa sama, Nafuzi juga turut mengingatkan para pemain supaya tidak leka menerusi dua kemenangan berturut-turut diraih mereka sebelum itu, selain mengelak daripada membuat kesilapan yang memberi kelebihan buat pasukan lawan.

Antara pemain dijangka bakal digunakan Nafuzi pastinya terarah kepada Lee Tuck serta Manuel Ott yang sebelum ini tampil begitu cemerlang beraksi di bahagian tengah untuk mengatasi Selangor.

Kedudukan liga ketika ini menyaksikan Kedah berada di tangga keempat selepas mengumpul 22 mata hasil tujuh kemenangan serta satu keputusan seri daripada 11 perlawanan dihadapi.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN