Manuel Ott Anggap Aksi Bertemu Selangor & Sabah Getir Buat Kedah

Kapten Kedah Darul Aman (Kedah) iaitu Manuel Ott menyifatkan dua aksi selepas ini yang membabitkan pasukan diwakili beliau merupakan sangat getir untuk terus mengekalkan momentum kemenangan.

Kedah yang sebelum itu mencatat kemenangan besar 5-0 mengatasi Kelantan tampil dengan aksi cukup terpuji, selepas tampil hambar sebelum ini sehingga menerima kritikan ramai.

Menerusi rombakan besar yang dibuat, Ott menjadi antara muka baharu yang menghiasi Sang Kenari selain beberapa lagi pemain lain turut menyertai skuad tersebut untuk saingan Liga Malaysia (Liga-M).

Bawah kendalian Nafuzi Zain yang sebelum itu sangat cemerlang bersama Terengganu, skuad ini nyata masih memerlukan lebih masa untuk tampil dengan corak permainan lebih menyakinkan.

Walaupun begitu, segalanya mula tampak lebih positif menerusi peningkatan dipamerkan oleh para pemain Sang Kenari dalam beberapa perlawanan terbaharu termasuk ketika mereka mencatat kemenangan besar di Alor Setar.

Untuk aksi seterusnya, Kedah bakal menghadapi cabaran getir untuk bertemu dua lagi pasukan yang dianggap sangat kuat musim ini dalam aksi Liga Super iaitu Selangor serta Sabah.

Selangor juga tampil dengan aksi cukup menyakinkan ketika ini untuk berada di tangga kedua liga selepas merekodkan kemenangan besar di Ipoh untuk mengetepikan Perak.

Jelas Ott, ianya merupakan cabaran besar buat Kedah yang ketika ini berusaha untuk memperbaiki kedudukan dalam carta liga dengan lebih baik berbanding menerusi pungutan tiga mata.

Ketika ini, Kedah menghuni tangga keempat liga dengan pungutan 22 mata hasil tujuh kemenangan serta sekali seri daripada 11 perlawanan telah dilalui.

Jika kemenangan berjaya dicatat, Kedah bakal berpeluang untuk memintas Sri Pahang sekiranya skuad tersebut tewas pada aksi seterusnya bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) menerusi perbezaan gol.

Kata pemain kebangsaan Filipina tersebut, dalam tempoh singkat yang ada ini bakal digunakan beliau sebaik mungkin oleh pasukan untuk membuat persediaan menghadapi cabaran Selangor.

“Selangor dan juga Sabah kini berada pada momentum dan kedudukan yang bagus pada musim ini dan ianya satu cabaran yang getir dan saya jangkakan pertemuan menentang kedua-dua pasukan itu nanti akan menjadi cukup sengit.

“Namun kami terlebih dahulu perlu memberi fokus terdekat dalam aksi menentang Selangor dan dengan masa yang ada ini kami mahu mempersiapkan perancangan dengan sebaik mungkin.

“Kemenangan 5-0 yang kami raih pada aksi menentang Kelantan FC ini satu permulaan cukup positif bagi pasukan dan setiap pemain sedang melakukan tugas dan kerja keras mereka dengan baik,” katanya menerusi Harian Metro.

Pada masa sama, Ott juga menegaskan untuk terus fokus memperbaiki kelemahan yang ada bersama rakan sepasukan bagi tampil lebih baik selain memburu kemenangan dalam aksi liga.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN