Liga Super: Kedah Tiada Belas Ehsan, Buat Kelantan Kempunan Gaji

Kedah Darul Aman (Kedah) tampil garang di laman sendiri, selepas pasukan tersebut cemerlang menewaskan Kelantan menerusi keputusan penuh 5-0 untuk aksi Liga Super 2023.

Kelantan yang tampil dengan pelbagai kisah dan kontroversi sebelum itu, tampil dengan sangat longlai untuk menjadi mangsa amukan Kedah pada perlawanan kali ini.

Pada perlawanan tersebut, segalanya menjadi milik Kedah dengan Sang Kenari tampil menguasai mendominasi perlawanan untuk tidak membenarkan lawan mencipta sesuatu.

Empat gol Kedah terhasil di Stadium Darul Aman (SDA) itu diledak oleh Manuel Ott, Lee Tuck, Manuel Hidalgo, Willian Lira, serta Jonathan Balotelli yang tampil sangat baik pada perlawanan ini.

Awal perlawanan menyaksikan pasukan pelawat lebih banyak mendominasi permainan di kawasan tengah untuk cuba mencipta beberapa peluang berbahaya mendapatkan gol.

Sementara Kedah pula lebih banyak bertahan serta sesekali membuat beberapa kesilapan mudah yang memberi ruang buat pemain Kelantan untuk kembali merampas dan mendominasi permainan.

Kedah mendapat peluang awal untuk cuba mendapatkan gol menerusi satu gerakan lincah daripada Willian Lira yang berjaya mengatasi Yusri Yuhasmadi, namun hantaran terakhir dibuat penyerang tersebut gagal disambar mana-man pemain tuan rumah.

Selepas 10 minit permainan, Kedah mula tampil dengan lebih baik untuk membuat siri asakan lebih berbahaya kepada pelawat menerusi beberapa percubaan dilepaskan daripada Lira untuk menguji Nik Mohd Amin Ahmad.

Akhirnya Kedah berjaya mendapatkan gol pertama menerusi Ott yang melepaskan satu rembatan deras untuk menewaskan penjaga gol lawan pada minit ke-16 selepas beberapa tekanan diberikan oleh tuan rumah di kawasan pelawat.

Memasuki 20 minit permainan, Kedah dilihat semakin selesa mengawal bola dan menguasai permainan untuk kembali mengetepikan Kelantan yang lebih banyak bertahan menyerap asakan lawan.

Memasuki minit ke-27 Kedah terus melebarkan penguasaan mereka menerusi gol kedua yang diledak oleh Lee Tuck, selepas pemain naturalisasi itu cemerlang melepaskan satu rembatan deras untuk mengecewakan penjaga gol lawan.

Hidalgo hampir meledak gol ketiga buat Kedah, selepas pemain ini mempunyai ruang yang baik dari luar kotak penalti, namun percubaan deras beliau sedikit tersasar tinggi pada minit ke-44.

Sebaik sahaja separuh masa kedua bermula, Hidalgo tampil untuk terus mengecewakan Kelantan menerusi gol ketiga buat Kedah, selepas pemain sayap lincah itu menerima umpanan cantik daripada Lira.

Kelantan terus derita pada minit ke-58 selepas pasukan tuan rumah mendapat sepakan penalti hasil kesilapan pertahanan pelawat yang menyentuh bola dalam kawasan petak penalti.

Penyerang utama Kedah, Lira sempurna menyudahkan peluang tersebut menerusi satu sepakan kencang untuk meletakkan tuan rumah selesa 4-0 di gelanggang sendiri.

Memasuki minit-minit akhir perlawanan, Kelantan terus buntu untuk cuba mendapatkan sebarang gol di gelanggang lawan biarpun ada beberapa perubahan dibuat pasukan tersebut.

Sebelum perlawanan tamat, tampil penyerang gantian Kedah iaitu Balotelli yang cemerlang mendapatkan gol kelima buat Sang Kenari pada minit-89, selepas mendapat satu umpanan berkelas dunia daripada rakan sepasukan, Lira.

Keputusan perlawanan kekal sehingga wisel penamat dibunyikan untuk berpihak kepada Kedah yang berjaya memperoleh kemenangan ketujuh mereka pada musim ini dalam saingan Liga Super 2023.

Kesebelasan utama

Kedah Darul Aman (Kedah): Kalamullah Al Hafiz Mat Rowi (Penjaga gol), Rodney Celvin Akwensivie, Bojan Ciger, Amirbek Juraboev, Manuel Gelito Ott (Kapten), Willian Lira Sousa, Lee Andrew Tuck, Muhammad Ariff Farhan Md Isa, Muhamad Kamil Akmal Abd Halim, Mohamad Amirul Hisyam Awang Kechik, Manuel Federico Hidalgo Gasparini

Kelantan: Nik Mohd Amin Ahmad (Penjaga gol), Khairul Helmi Johari, Muhammad Yusri Yuhasmadi, Mario Arques Blasco (Kapten), Mohd Arip Amiruddin, Miguel Angel Garrido Cifuentes, Muhammad Faiz Mazlan, Mohamad Fazrul Amir Md Zaman, Ismaheel Akinade, Muhaimin Izuddin Muhamad Asri, Muhammad Afzal Akbar

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khasΒ untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN