Saka Terima Gaji Yang Sangat Lumayan Selepas Tandatangani Kontrak Baru Bersama Arsenal

Arsenal baru-baru ini telah mengumumkan secara rasmi yang mereka berjaya melanjutkan kontrak Bukayo Saka sehingga 2027 dan jelas sekali The Gunners benar-benar masih memerlukan khidmat pemain muda itu.

Tidak dinafikan lagi yang Arsenal tentu saja telah menaikkan gaji Saka dalam usaha mereka untuk memujuk pemain penyerang itu, namun berapa agaknya gaji terbaru yang ditawarkan oleh Gunners kepada bintang England itu?

Bintang berusia 21 tahun itu merupakan antara pemain terpenting dalam sistem kendalian Mikel Arteta sejak dari musim lalu lagi.

Saka merupakan nadi penting dalam sistem serangan Arsenal dan beliau juga turut berjaya memberikan impak yang sungguh dahsyat untuk kelab dari London itu.

Menurut sumber laporan dari The Athletic, Saka sebenarnya sudah bersetuju untuk kekal bersama kelab sejak Mac lalu, namun hal tersebut baru sahaja diumumkan oleh Arsenal di laman twitter milik mereka.

Bercakap kepada laman rasmi kelab berkait keputusan beliau menandatangani kontrak baru, Saka mendedahkan bahawa:

“Saya sebenarnya sangat gembira. Sudah terlalu banyak khabar angin dan saya rasa ia sudah berlarutan, tapi saya di sini sekarang.”

Jelas Bukayo Saka.

“Saya rasa ini adalah kelab yang tepat, tempat yang tepat untuk saya maju ke hadapan. Ia kelab yang sangat indah, lihat di mana kita.”

“Bagi saya, ia tentang kejayaan mencapai impian peribadi saya, bagaimana saya paksa diri dan desak diri saya sendiri dari setiap perlawanan, setiap minggu.”

“Kemudian saya dikelilingi orang-orang yang tepat termasuk keluarga saya, dan ketika saya datang ke padang latihan, rakan sepasukan saya, barisan kejurulatihan. Saya rasa saya memiliki segalanya yang saya perlu untuk menjadi pemain terbaik yang mampu untuk saya jadi.”

“Dan kerana itu saya gembira untuk kekal di sini dan berada di sini untuk masa depan, kerana saya betul-betul percaya kami boleh capai kejayaan yang besar.”

Ketika melihat beliau bersetuju untuk menandatangani kontrak baru, jelas sekali ramai yang tertanya-tanya berapa sebenarnya gaji yang akan Saka terima selepas ini.

Berapa gaji terbaru Saka?

Menurut sumber laporan dari Daily Mail pada Mac lalu, Saka dikatakan akan menerima gaji paling minimum, £10 juta setahun atau sekitar £192,000 seminggu.

Walau bagaimanapun, pakar perpindahan pemain, David Ornstein pula mendakwa yang Saka sebenarnya akan menerima sekitar £15 juta setahun, tidak termasuk bonus tambahan.

Jika dakwaan dari Ornstein tepat, maka Saka sebenarnya akan merima £288,000 seminggu, seterusnya menjadikan beliau sebagai penerima gaji tertinggi dalam skuad Arsenal.

Bukan hanya penerima gaji tertinggi dalam skuad sekarang, bahkan beliau bakal menjadi penerima gaji kedua tertinggi dalam sejarah penubuhan kelab, di belakang Mesut Ozil yang sebelum ini menerima £350,000 seminggu dari Gunners.

Kenaikkan gaji itu juga akan menjadikan beliau sebagai penerima gaji kelapan tertinggi dalam saingan Premier League pada ketika ini bersama Jack Grealish dan Casemiro.

Adakah Saka berhak untuk menerima gaji yang begitu tinggi di usia beliau yang masih muda? Bincangkan di ruangan komen.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN