Nafuzi Zain Mahu Para Pemain TFC Sentiasa Bersedia

Nafuzi Zain

Ketua jurulatih Terengganu FC (TFC) Nafuzi Zain mahu anak buahnya sentiasa bersedia meskipun tarikh sebenar saingan Liga Malaysia masih belum ditetapkan selepas mendapat lampu hijau daripada pihak kerajaan.

Jelas Nafuzi, sama ada Ogos atau September, pasukannya akan memastikan segala persiapan dapat dilakukan dengan baik dalam tempoh terdekat ini apatah lagi selepas pasukan dibenarkan melakukan latihan penuh, “body contact” bermula 15 Julai ini.

Namun, apa yang beliau harapkan agar semua pasukan dapat melakukan perlawanan persahabatan terlebih dahulu apatah lagi TFC masih memiliki aksi tertunda menentang PJ City FC.

Dan Nafuzi beliau nyata lega apabila Malaysian Football League (MFL) bersedia untuk mengumumkan tarikh rasmi saingan liga kembali dimulakan dalam tempoh terdekat ini.

“Pertama kali, saya gembira kerana akhirnya kita boleh kembali ke sesi latihan normal selepas sekian lama dan dapat berlatih satu pasukan dengan corak latihan lebih berkualiti selepas ini.

“Tetapi, saya sentiasa mahu semua pemain menganggap saingan akan bermula lebih awal kerana tidak kira 15 Ogos atau September, yang penting kita sudah bersedia daripada segala aspek.

“Bukan apa, TFC masih ada satu lagi perlawanan tertunda, dan rasanya mesti perlawanan itu akan bermula lebih awal, jadi sebab itulah, persiapan rapi perlu dilakukan daripada sekarang sebaik sahaja latihan “body contact” dibenarkan nanti,” tambah Nafuzi Zain lagi.

Terdahulu, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh MFL pada Isnin, semua pasukan perlu tetap mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan meskipun pihak kerajaan sudah memberi kelonggaran bagi latihan FASA II bermula 15 Julai.

MFL turut akan mempertimbangkan kebenaran untuk membenarkan pasukan bagi mengadakan siri perlawanan persahabatan sebelum memulakan kempen liga selain Ahli Lembaga Pengarah akan memutuskan tarikh rasmi Liga Malaysia setelah menerima laporan penuh persiapan untuk penyambungan liga daripada Sekreteriat MFL dalam tempoh terdekat ini.

Berdasarkan perancangan MFL sebelum ini, badan pentadbir Liga Malaysia itu akan meneruskan pertandingan CIMB Liga Super, Liga Premier pada 1-2 September dan akan berakhir pada 26-27 September dengan saingan secara separuh liga sahaja manakala TM Piala Malaysia pula akan berlangsung pada 17-18 Oktober hingga 7 November sementara Shopee Piala FA dan Challenge Cup dibatalkan.

Kredit featured image: Terengganu Football Club (TFC)

Baca artikel lain dari kami mengenai TFC:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN