Nafuzi Zain: Saya Tahu Kualiti Pemain

Nafuzi Zain Terengganu FC Selangor Liga Super 2020

Dalam sidang media sejurus tamat aksi minggu ketiga CIMB Liga Super 2020 menentang Selangor yang berkesudahan terikat 3-3, pengendali Terengganu FC, Nafuzi Zain berkata yang bentengnya masih perlu diperbaiki lagi selepas ini.

Terengganu FC telah bolos sembilan gol dalam tiga aksi – terbesar di kalangan 12 pasukan bertanding dan beliau menjelaskan, walaupun memiliki jentera serangan yang tajam, ia tidak mancukupi sekiranya barisan benteng melepaskan gol.

“Saya rasa menang 1-0 sudah cukup daripada kita bolos banyak sebegitu,” tegas Nafuzi Zain mengenai prestasi bentengnya yang telah melepaskan tiga gol.

Nafuzi Zain turut berkata yang beliau tahu bila perlu menggunakan seseorang pemain dan setiap jurulatih pastinya memiliki sebabnya tersendiri mengapa masih ada lagi pemain yang belum diberikan peluang sebagaimana penyerang, Darren Lok.

“Setiap jurulatih, beliau tahu apa yang perlu untuk pasukan. Dalam setiap perlawanan, kita perlu keseimbangan dari segi serangan dan bertahan. Saya tahu bagaimana kualiti pemain saya untuk menyeimbangkan perkara tersebut.

“Kita boleh masukkan Darren [Lok] untuk kuatkan lagi jentera serangan kita, tetapi bagaimana dengan benteng kita. Mana tahu, kita gagal jaringkan gol tetapi kita terus akan dibolosi,” jelasnya ketika ditanya mengenai situasi Darren Lok.

“Saya tahu kualiti Darren dan bila mahu gunakannya,” tegas Nafuzi Zain lagi sekiranya ada pihak yang mempersoalkan ketiadaan bekas penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT) itu setakat ini dalam skuad utama mahupun masuk sebagai pemain gantian.

“Menjaringkan tiga gol adalah sesuatu yang bagus tetapi kesilapan kita adalah memberikan tiga gol. Ini adalah perkara yang perlu betul-betul kita perbaiki sebab kita tahu, tidak semua perlawanan kita akan dapat jaringkan banyak gol.

“Kita melepaskan gol dengan mudah. Kesilapan kita adalah dari segi bertahan ketika set-pieces. Ketiga-tiga gol adalah menerusi set-pieces. Jadi, banyak lagi yang perlu kita perbaiki,” tambah pengendali berusia 41 tahun itu lagi.

Selepas tiga aksi, Terengganu telah mengumpul empat mata daripada satu kemenangan dan satu keputusan seri. Perlawanan pada minggu ini menentang PJ City FC telah ditangguhkan kerana lawan gagal menyediakan venue pertandingan.

KREDIT FEATURED IMAGE: TERENGGANU FC

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN